Terjemahan:
SEERAH NABAWIYYAH
(Bahasa Melayu)
Al-Raheeq Al-Makhtum
Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy
India
Pemenang Hadiah Pertama
Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah
Editor:
Othman
Rabithah Alam Al-Islami, Mekkah Al-Mukarramah
PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM
Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan
penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan
episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan ceritacerita yang indah
sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup
Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah
(khalifah) di zaman purbakala.
Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya
setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir
dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri.
Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu
dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan
dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.
Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu
'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari
dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu
Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah
dibahagikan seperti berikut:
1.
Memahami
peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan
suasana hidup Baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad Sallallahu
'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh
Allah Subhanahu Wata'ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya. Supaya manusia
seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap
lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar-dasar
hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat
universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad Sallallahu
'alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad
Sallallahu 'alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian
maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya yang bermaksud: "Sesungguhnya
pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan)
kamu". (Al-Ahzab 33 :21)
Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad Salla lahu
'alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan
Al-Qur'an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur'an yang dihurai dan ditafsir-kan
oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu
'alaihi Wasallam. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang
boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada
pengetahuan bersangkutan dengan 'aqidah kepercayaan, hukum hakam' dalam Islam atau
tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi
Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip
dan hukum-hukum Islam.
2.
Membolehkan
para pendidik penda'wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut system pendidikan
dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sendiri adalah
sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pemah
membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan
dan sistem-sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu 'alaihi
Wasallam) berda'wah.
Antara
faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini
mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat-matlamat tadi ialah kerana
sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan
mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain samada ianya
sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai
seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur-unsur yang
terdapat di dalam masyarakatnya.
Sejarah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasalam
menghidangkan kepada kita sejarnbak contoh utama bagi seorang pemuda yang
waras; peribadinya yang dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat;
seorang manusia yang menyeru uniat manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut
dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga
demi menyampaikan seruan Allah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan
dengan cekap dan pintar seorang suami yang halus pergaulannya, seorang bapa yang
teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri, seorang
ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi
persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya
kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (Radiyallahu 'anhum ajma'in). Tidak
syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam
ialah memahami semua sudut kemanusiaan.
SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH
Berhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah
bolehlah kita bahagikan seperti berikut:
Pertama: Kitabullah (AI-Qur'an)
Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis
kasar penghidupan Muhammad Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Pendedahan
sejarah hidup Rasulullah dalam al-Qur'an melalui salah satu aliran berikut:
a.
Memaparkan
beberapa bahagian dari penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan
mengenai peperangan Badar, Uhud, al Khandaq atau al Ahzab .Juga seperti kisah perkahwinannya
dengan Zainab binti Jahsy.
b.
Mengulas
pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk member penjelasan
selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran
tentang pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Islam
terhadap sesuatu iktibar. Sebenarnya segala-galanya ini mempunyai makna dan
hubung kait yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayat hidup
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Kesemuanya ini menampakkan kepada kita
sebahagian besar daripada aspek-aspek penghidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi
Wasallam dan hal ehwal yang bersangkutan dengannya.
Sebenarnya pendedahan Al-Qur'an Al-Karim tentang
segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran
pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitu
kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan secara ringkas
terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan dan
aliran Al-Qur'an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya'
yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.
Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith-hadith).
Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksud-kan
di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan kebenaran
dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta' oleh Imam Malik, Al Musnad oleh
Imam Ahmad dan lain-lainnya.
Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari
yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatu
gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam
sejak dilahirkan hingga wafat-nya kerana beberapa sebab:
a.
Oleh
kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu' atau tajuk-tajuk fiqah
ataupun mengikut unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari'at Islam maka
hadith-hadith yang menceritakan tentang penghidupan RasuluL-lah berselerak dan
berkecamuk dalam maudu'-maudu' fiqah.
b.
Oleh
kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan
soal ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup RasuluLlah,
apa yang mereka titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu' atau
tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut tadi.
Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi
Wasallam.
Perihal riwayat hidup Muhamrnad RasuluLlah SallaLlahu
'alaihi Wasallam di zaman silam adalah melalui dari mulut ke mulut tanpa
mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan kedl yang cuba
menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan peristiwa-peristiwa dalam
sejarahnya itu. Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba mencatit
riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannya
antara mereka seperti Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin 'Othman (wafat,
105H), Wahb in Manbah (wafat, 110H), Syarbabil bin Sa'd (wafat. 123H) dan Ibnu "Syibab
Al Zuhri (wafat,124H).
Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah
hilang. Hanya tinggal beberapa bahagian yang tercerai, setengahnya terdapat
dalam kitab Al-Tabari manakala sebahagian yang lain pula tersimpan di bandar
Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian
dari tulisan Wahb bin Manbah (110H). Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun
riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang terkemuka antara
mereka ialah Muhammad bin Ishaq (wafat, 152H) kemudian lapisan kedua, antara
mereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Sa'ad (wafat pada tahun
230H) penyusun kitab Al-Tabaqat Al-Kubra.
Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang
ditulis oleh Muhammad bin Ishaq merupakan satu-satunya maklumat (dokumen)
sejarah Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang paling benar dan boleh dipegang.
Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul Al Maghazi Wa Al Siyar telah hilang
dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di zaman itu.
Setelah masa beredar setengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang lain
iaitu Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau
telah menghidangkan kepada kita saringan sejarah Rasulullah Sallalahu 'alaihi
Wasallam dengan cara yang menarik sekali. Sebenarya apa yang dikarang oleh Ibnu
Hisyam itu adalah kandungan "Al Maghazi Wa Al Siyar" yang dikarang
oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan.
Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:
"Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan
Riwayat Rasulullah daripada Kitab "Al Maghazi Wa Al Siyar" yang
dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa pembaharuan,
tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama "Sirah
Ibnu Hisyam". Akhimya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah
mereka ini dalam usaha mengarang dan menyusun sejarah hidup RasuluLlah
SallaLlahu 'alaihi Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba membentangkan
pelbagai aspek hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Sebahagian dari
mereka yang lain pula cuba mengkaji sudut- sudut hidup Baginda yang tertentu,
seperti Al Asfahani dalam bukunya "Dala'il Al Nu-buwwah" dan
"Tanda-tanda Kenabian". Imam Tarmidzi pula dalam kitabnya (Al Asy
Syamail) cuba menyingkap aspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al
Jauziy dengan bukunya "Zad Al Ma'ad".
RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN ISLAM
Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah
hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan Semenan-jung 'Arab di mana
baginda hidup dan dipilih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap
hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah dari bumi ini dan bangsa
'Arab pula sebagai pembawa obor da'wah Islamiyyah.
Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti
mengetahui keistimewaan bangsa 'Arab dan perangai serta tata penghidupannya sebelum
Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan persekitarannya. Kemudian barulah
kita membuat perbandingan dengan bangsabangsa yang hidup sezaman de-ngannya
seperti Romawi, Greek dan India termasuk adat resam, tatasusila dan
keistimewaan tamaddun mereka.
Pertamanya, marilah kita mengkaji secara sepintas lalu
bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah 'Arab sebelum Islam: Dunia di kala
itu boleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh dua negara yang gagah
iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan India.
Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agama dan falsafah yang beranika
corak.
Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya menganut
agama Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya menggalakkan lelaki
berkahwin dengan ibu nya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.
Empayar Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan
abad kelima Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Bukan setakat itu
sahaja malah tatasusila dan sopan-santun telahpun terpesong dari garis-garis
yang bersifat kemanusiaan. Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al
Shahras-tani dalam kitabnya yang berjudul Al-Milal Wa Al-Nihal, terdapat antara
ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya.
Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda
dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik
bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh
berkongsi tanpa sekatan. Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat
dari karangan mereka yang memang berhaluan demikian.
Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan
jiwa dan semangat penjajahan dan bergelut dalam persengketaan agama dengan
pihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. Ia bergantung penuh kepada
kekuatan angkatan ten-teranya dan cita-cita penjajahannya yang berkobar-kobar
dalam rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk disesuaikan dengan
matlamat mencapai cita-cita dan kemahuannya.
Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan
kucar-kacir dari negara Parsi, yang hidup
dengan segala kemewahan iaitu kemewahan dalam kemerosotan ekonomi
dan pemerasan terhadap rakyat jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung
tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah menjadi satu lumrah.
Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan
dongeng yang tidak memberi sebarang faedah dan natijah yang berguna sama
sekali. Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul Hassan Al Nadwi
telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan
yang India di permulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemeroosotan
agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya
turut serta mengambil bahagian dalam memerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.
Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret
bangsa-bangsa ini ke lembah kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan
tamaddun yang berasaskan kepada mata benda (material) semata-mata. Tamaddun ini
telah tidak mengambil contoh-contoh ma'nawi dan akhlak yang sempuma sebagai
landasan dan asas kemajuan. Tamaddun dan kemajuan kebendaan dengan anika
sebab-akibat yang timbul darinya hanyalah tidak lebih dari satu jalan semata-mata
iaitu satujalan yang tidak dapat memberikan apa-apa erti. Lantaran ketandusan fikiran
yang waras dan contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayati maka tamaddun
dan kemajuan yang dicapai itu telah membawa kehidupan manusia mengalir ke tasik
kecelakaan dan huru-hara. Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai akal fikiran
yang waras dan pertimbangan yang saksama maka tamaddun dan kemajuan tadi
merupakan jalan-jalan yang indah serta mudah pula menuju ke arah kesenangan
dalam semua corak dan aspek hidup. Biasanya perkara ini tidak akan lahir
kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi sahaja.
Semenanjung 'Arab di masa itu merupakan suatu kawasan
yang tenang, jauh dan terpencil dari
gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pemah
merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi; yang boleh membawa mereka ke arah
kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan
tentera yang membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitamya. Mereka
juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika ragam seperti Greek Tua
yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.
Tabi'at semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu
"bahan yang mentah" yang belum pernah
dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di mana-mana acuan
seolah-olah terbayang di layar penghidupan rnereka seorang manusia semulajadi
yang bersih rnempunyai kemahuan yang kuat ke arah pembentukan manusia yang
terpuji yang rnempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan bencikan
kezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat menyinari jalan-jalan
ke arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yang gelap memekat.
Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arah kemanusiaan yang sebenamya.
Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu menjaga maruah, membelanjakan wang
yang banyak dengan harapan mahukan kemuliaan dan berperang sama sendiri dengan
tujuan mempertahankan kehormatan.
Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah
Subhanahu Wata'ala di dalam Al-Qur'an:
Yang bermaksud;
"Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dan
golongan orang-orang yang telah sesat". (Al-Baqarah Ayat 198)
Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan
bagi mereka daripada penghinaan ke
atas mereka.
Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah
menggunakan tamaddun dan kemajuan
mereka sebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka
ini sedar malah merancang sedemikian. Di samping semuanya ini, Semenanjung
'Arab di segi kedudukan muka buminya pula terletak di pertengahan bangsa-bangsa
tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak di sekelilingnya.
Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah
mengutarakan pendapat dengan katanya:
'"Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa
'Arab akan dapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silam
di tengah-tengah dua tamaddun yang melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya
tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba mendapatkan gambaran dan imej
manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak berjejas
dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian dan
kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China
dan sebagainya."
Setelah kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa
'Arab dan semenanjungnya sebelum Islam juga hal keadaan bangsa-bangsa lain yang
mengelilinginya maka mudahlah bagi kita menyingkap di sebaliknya apakah
hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul utusan di Semenanjung 'Arab itu dan
bangsa 'Arab pula merupakan golongan pertama buat merintis jalan-jalan ke arah
penyebaran obor seruan da'wah Islamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat manusia
di seluruh pelusuk alam.
Bukanlah sepertimana yang disangka oleh
setengah-se-tengah golongan yang mengatakan bahawa pengikut-pengikut agama yang
sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa mereka dan sukar memberi tunjuk ajar
kerana mereka ini ta'sub (fanatik) dan membanggakan keburukan, kehancuran dan
kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya baik. Sedangkan mengubah dan
memberi tunjuk ajar kepada mereka yang sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah
kerana mereka ini sama sekali tidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan
tidak pula membanggakan atau bermegah-megah dengan hasil tamaddun kerana mereka
langsung tidak mempunyai tamaddun. Golongan ini paling mudah sekali untuk
diperbaiki dan diberi dorongan kepada mereka. Bagi kita bukanlah ini yang
dikatakan hikmat Ilahi, kerana penganalisaan yang seumpama ini hanya tepat
kepada mereka yang mempunyai daya dan tenaga yang terbatas sahaja, memilih yang
senang dan meninggalkan yang susah kerana tidak mahukan penat lelah.
Andaikata Allah mahu menjadikan pancaran da'wah
Islamiyyah di mana-mana bahagian di
Parsi atau di Rome atau di India bersinar cemerlang maka sudah
pasti pula Allah akan menyediakan kemudahan dan cara-cara sehingga berjaya
da'wahnya seperti mana yang berlaku di Semenanjung 'Arab. Soal ini tidak pula
menjadi bebanan, kerana Allah Subhanahu Wata'alah Pencipta 'alam semesta. Namun
hikmah Allah memilih Semenanjung 'Arab dan Rasul utusan itu tadi (seorang yang
buta huruf - tidak boleh membaca dan menulis seperti mana yang diterangkan oleh
Allah dalam Kitab SudNya) agar manusia seluruhnya tidak merasa syak wasangka
terhadap keNabian dan keRasulanNya. Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah
Allah ialah suasana persekitaran tempat Rasulullah diutuskan di mana di
dalamnya wujud suatu biah (suasana) buta huruf juga dan jika dibandingkan
dengan bangsa-bangsa lain yang hidup di sekelilingnya mereka juga belum pernah
dimasuki dan diracuni oleh sebarang tamaddun, pemikiran dan kerumitan falsafah
yang berserabut.
Di antara hikmat Ilahi juga ialah menghindarkan
perasaan syak wasangka manusia apakah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini
boleh membaca dan mempelajari kitab-kitab lama yang mengandungi sejarah manusia
purba dan tamaddun negara tetangga dan menghindarkan juga sangkaan buruk
terhadap Muhammad sekiranya dakwah Islamiyyah ini timbul di kalangan umat
manusia yang bertamaddun dan mempunyai falsafah seperti Parsi, Greek Tua atau Romawi.
Sebabnya ialah sangkaan buruk ini akan memberi suatu gambaran yang buruk iaitu dari
siri tamaddun dan falsafah yang terakhir dalam bentuk tamaddun yang tulen serta
kemas dengan perundangan yang lengkap. Hikmah-hikmah Ilahi ini telahpun
diterangkan dengan tegas danjelasnya dalam Al-Qur'an:
Yang bermaksud:
"Dialah (Allah) yang telah mengutuskan di kelompok
buta huruf seorang utusan daripada kalangan mereka (untuk) menyampaikan kepada
mereka ayat-ayatNya dan menjauhkan mereka daripada syirik dan mengajar mereka
kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnya mereka itu dahulunya dalam kesesatan
yang amat sangat. "(Al-Jumu'ah 62 : 2)
Sudah kehendak Allah mengutuskan utusanNya yang buta
huruf, begitu juga bangsa yang akan
timbul Rasul di ka-langannya juga satu bangsa yang kebanyakannya
buta huruf, agar mukjizat keNabian dan syari'at Islam itu terjulang nampak dan
jelas di antara dogma-dogma dan seruan manusia lain yang beranika corak.
Di sana terdapat hikmat Ilahi yang lain, dan boleh
diringkaskan seperti berikut:
1.
Seperti
yang diketahui di mana Allah Subhanahu Wata'ala telah menjadikan Baitui Haram
itu tumpuan dan kesejahteraan untuk umat manusia seluruhnya dan merupakan rumah
yang pertama untuk manusia beribadat serta mempraktikkan rukun-rukun agama.
Sesungguhnya lembah Makkah ini telah menjalankan dan melaksanakan seruan bapa
para Anbiya' iaitu Sayyidina Ibrahim 'Alaihi sallam. Tepat dan kena pada
tempatnya di mana kawasan yang mulia ini menjadi muara seruan agama Islam yang
pertama iaitu| agama Nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan Nabi yang terakhir
.
2.
Di
segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung 'Arab ini telah dipilih untuk bebanan
tanggungjawab da'wah Islamiyyah, kerana situasi dan kedudukannya di
tengah-tengah berbagai bangsa. Ini menyebabkan penyebaran da'wah Islamiyyah di
kalangan bangsa-bangsa dan negara yang di sekelilingnya tersebar dengan mudah.
Ini temyati sekali bila kita mengkaji semula perjalanan da'wah Islamiyyah di
zaman permulaannya dan di zaman khulafa al-Rashidin. Memang tepat seperti yang
ditegaskan tadi.
3.
Dan
sebagai hikmat Ilahi juga yang menjadikan bahasa 'Arab itu sebagai media da'wah
Islamiyyah dan bahasa yang pertama buat menerang dan mentafsirkan percakap-an
atau kalam Allah 'Azza wa jalla untuk disampaikan kepada kita.
Kalau kita perhatikan dengan teliri tentang
keistimewaan bahasa-bahasa diikuti dengan satu
perbandingan dengan bahasa 'Arab maka dengan jelas kita dapati
yang bahasa 'Arab
mempunyai banyak keistimewaan yang sukar didapati dalam
bahasa-bahasa lain. Maka sudah
layak baginya untuk menjadi bahasa yang pertama dan utama untuk
umat Islam di mana
mereka berada.
KELAHIRAN RASULULLAH dan EMPAT PULUH TAHUN SEBELUM PENGUTUSAN
Rasulullah (s.a.w) penghulu para Rasul telah dilahirkan
di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi hari Isnin 9 Haribulan Rabiul awwal
dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh
dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20
atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman
al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya.
Ibn Sa'd meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w)
menceritakan: " Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari
farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam", periwayatannya
hampir sama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Irbadh bin Sariah.
Beberapa irhasat (petanda-petanda) kebangkitan seorang
rasul telah berlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah, di antaranya
runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah
penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah yang
sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung. Ia diriwayat oleh al-Baihaqi.
Tetapi tidak dipersetujui oleh Muhammad al-Ghazali.
Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera
memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik
itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan membawa Baginda kedalam
Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih nama
"Muhammad" sebagai nama kepada cucunya, nama itu tidak pernah dinamakan
kepada sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini, Nabi Muhammad (s.a.w) telah berkhatan
ketika berada di dalam kandungan ibunya lagi.
Penyusuannya yang pertama selepas ibunya, ialah
daripada Thuwaibah hamba Abu Lahab
bersama anaknya bemama Masruh dengan itu beliau menjadi saudara
sepenyusuan dengan Baginda, sebelum ini Thuwaibah juga telah menyusukan Hamzah
bin Abdul Mutalib selepas beliau Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi.
DIPERSADA BANI SA'AD
Mengikut resam bangsa Arab Hadhar (bandar), bahawa
usaha memperolehi penyusu-penyusu untuk anak-anak mereka dari pendalaman,
sebagai usaha mencegah dari penyakit-penyakit yang terdapat di bandar, di
samping menguatkan pembinaan jasad anak-anak, mengemaskan otot-otot, malah
ianya juga sebagai cara untuk membantu lisan bahasa Arab dengan bahasa yang
baik sejak dalam buaian lagi, untuk itu Abdul Mutalib telah berusaha mencari
penyusu-penyusu untuk Rasulullah, dengan itu beliau menyerahkan Muhammad kepada
Bani Sa'ad bin Bakr, iaitu Halimah binti Abi Zuaib suaminya dikenali sebagai
al-Harith bin Abd al-Qira bergelar Abu Kabsyah dari Qabilah yang sama.
Adapun saudaranya yang sepenyusuan di Bani Sa'ad adalah
Abdullah bin al-Harith, Anisah binti al-Harith, Huzafah atau Jazimah binti
al-Harith (iaitu al-Syaima', gelarannya lebih di kenali, beliaulah yang
mengasuh Rasulullah, dan Abu Sufian Ibn al-Harith bin Abdul Mutalib, anak bapa
saudara Rasulullah itu pun sepenyusuan dengan Baginda juga.
Bapa saudara Rasulullah Hamzah bin Abdul Mutalib pun
pernah menyusu di Bani Sa'd bin Bakr, maka Hamzah menjadi saudara sepenyusuan
dengan Rasulullah dari dua orang ibu; Thuwaibah dan Halimah al-Sa'diah, kerana
ibu susuan Hamzah di suatu hari telah member susuannya kepada Rasulullah.
Semasa Baginda bersama Halimah, beliau telah menyaksikan banyak
keberkatan-keberkatan Rasulullah.
Ibn Ishaq telah menyebut: Halimah telah berkata yang
ianya telah keluar dari kampong bersama suaminya dan disertai oleh anak kecil
yang masih menyusu, beliau keluar bersamasama wanita-wanita Bani Sa'd, dalam
rangka mencari anak-anak susuan dengan katanya: Ini berlaku di tahun kedua di
mana kami tidak memiliki apa-apa pun katanya lagi: Aku telah keluar dengan
menunggangi kaldai betina "Qamra" panggilannya, bersama kami
unta-unta, demi Allah unta kami itu tidak mengeluar susu setitik pun. Malah
pada masanya kami tidak dapat tidur kerana anak kecil kami menangis disepanjang
malam lantaran kelaparan, dadaku tidak dapat mengenyangkan, unta kami tidak
dapat memberi makanan, namun demikian kami masih tetap mengharapkan hujan, daku
keluar dengan kaldai betinaku itu, hingga pecah-pecah dan berdarah kaki kerana
muatan berat, seluruh yang bermusafir itu terasa berat, lemah dan kekurusan,
akhirnya sampai juga kami di Kota Makkah mencari anak-anak susuan, setiap dari kami
telah diajukan Rasulullah untuk penyusuannya maka setiap orang pula menolaknya
iaitu apabila diceritakan tentang keyatimannya, kerana setiap kami sebagai ibu
susu mengharapkan budi baik dari si bapa, setiap kami menyebut-menyebut yatim!!
Apa yang akan boleh dilakukan oleh si ibu dan si
datuknya maka setiap kami membencinya kerana keyatimannya. Setiap yang datang
bersama denganku telah membawa pulang bayi susuannya kecuali ku seorang sahaja
bila kami telah bersiap untuk pulang, ku pun menyebut kepada suamiku: Demi
Allah aku tidak sukalah untuk pulang bersama-sama dengan temantemanku yang lain
tanpa membawa bersamaku seorang bayi susuan pun, demi Allah aku mesti ambil si
yatim tadi. Jawab suamiku: tidak mengapalah untuk kau berbuat demikian, semoga Allah
jua akan memberikan kita keberkatan kerananya. Katanya! Aku pergi ambil si
yatim itu, yang mendesak ku mengambilnya, kerana tidak ada yang lain untuk ku
ambil, katanya, setelah ku dukung ke tunggangan ku, dan sebaik sahaja ku
letakkannya ke ribaku, terasa dadaku dipenuh susu, maka si yatim pun
menghisapnya hingga puas, saudaranya pun menyusu juga hingga puas dan tertidur,
sebelum ini kami tidak pernah tidur bersamanya, kemudian suami ku pergi ke unta
kami, dan didapati uncang susunya penuh dengan susu, beliau memerahnya lalu diminumnya
dan diberi kepada yang lain-lain kiranya kami semua puas dan kenyang, malam itu
kami dapat tidur dengan nyenyak, Halimah berkata: Suamiku telah berkata bila
kami bangun di pagi harl: Demi Allah, tahu tak wahai Halimah, sebenarnya tiupan
bayu keberkatan mula menghembus nafasnya, kata Halimah: Ku menjawab: Demi Allah
sesungguhnya ku mengharapkan demikian, dan katanya lagi:
Setelah itu kami pun bergerak keluar dari daerah
Makkah, aku menunggangi kaldai betina ku itu, di atasnya juga ku membawa
Rasulullah, demi Allah binatang tungganganku merentasi perjalanan kiranya tidak
dapat disaingi oleh kaldai-kaldai mereka yang lain, hinggakan temanteman ku
yang lain, tertanya-tanya dan berkata: Wahai puteri Abu Zuaib apa kamu ini? perlahanlah
sedikit, tidakkah tunggangan kamu itu yang naik ke sini dulu, jawabku kepada mereka:
Bahkan demi Allah yang itu itulah: jawab mereka: Demi Allah, ianya ada
keistimewaan, kata Halimah:
Setelah itu kami semua pun sampailah ke kampung kami
iaitu persada Bani Sa'd, ku tidak pernah melihat sebuah bumi yang paling kontang
dari bumi Bani Sa'd, namun setelah kami pulang dari mengambil bayi susuan kami
itu nampaknya kambing-kambing kami sarat perut kekenyangan, uncang-susu dipenuh
susu, kami memerahnya dan meminumnya, sedang ternakan orang lain tetap tidak
menghasilkan setitik susu pun, uncang susu kekeringan, menyebabkan
penduduk-penduduk yang lain menyuruh penternak-penternak mereka dengan berkata:
Binasa kamu, cubalah bawa ternakan-ternakan ke tempat yang selalu puteri Abu
Zuaib berternak itu, namun kambing-kambing mereka tetap kelaparan tidak
mengeluar walau setitik susu pun, sedangkan ternakan kami kekenyangan uncangnya
sarat dengan susu. Beginilah seterusnya kami terus menerima limpahan kurnia
dari Allah hingga berlalu dua tahun umur Baginda di mana Baginda pun tinggal susu,
Baginda membesar tidak seperti kanak-kanak lain, seblum sampai usia dua tahun
Baginda telah menjadi besar segar, kata Halimah: Setelah beberapa masa kami
bawa Baginda pulang kepangkuan ibunya, walau macam mana pun kami tetap prihatin
agar Baginda terus tinggal bersama kami, kerana kami dapat menikmati keberkatannya,
untuk itu kami pun mengemukakan harapan ini kepada ibunya, dan ku berkata kepadanya:
Kalaulah puan benarkan anakku ini terus tinggal bersamaku hingga meningkat tampan,
pun ada baiknya, kerana ku takut wabak-wabak di Makkah akan menyeranginya
nanti, katanya lagi. Masih lagi kami merayu-rayu hingga ibunya pun
membenarkannya pulang bersama kami.
Demikianlah halnya Rasulullah kembali tinggal
kepangkuan Bani Sa'ad, hinggalah apabila Baginda meningkat empat atau lima
tahun, di mana berlakunya peristiwa pembedahan dada Baginda, Imam Muslim telah
meriwayatkan sebuah hadith dari Anas (r.a) bahawa Rasulullah telah didatangi
Jibril (a.s), di ketika Baginda sedang bermain-main dengan anak-anak lain, Jibril
memegang Baginda dan merebahkannya lalu dibelah dadanya dan dibawa keluar hati
dan dikeluarkan segumpal darah dari dalamnya, dengan berkata: Inilah bahagian
tempat syaitan bersarang, setelah itu dicucikan hati Baginda di dalam sebuah
talam emas dengan air Zamzam setelah itu disembuhkan semula badannya dan dibawa
semula Rasulullah ke tempat anak-anak tadi, manakala anak-anak lain berlarian
pergi menemui ibunya Halimah menceritakan, dengan kata mereka, "Muhammad
telah dibunuh". Apabila mereka menemuinya semula didapati Baginda
kepucatan.
KE PANGKUAN IBUNYA YANG PENYAYANG
Halimah al-Sa'diah terasa takut dengan peristiwa
tersebut, dengan itu beliau memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya, Baginda
tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringat untuk
ke Yathrib menziarahi kubur suaminya, sebagai mengenang dan mengingati kematian
itu. Untuk itu beliau keluar dari Makkah, merentas lima ratus kilometer menuju
ke destinasi bersama-sama anak lelakinya yang keyatiman itu, di iringi khadamnya
Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib, di sana beliau tinggal untuk
selama sebulan, setelah itu beliau berpatah balik, semasa perjalanannya dari
sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awal
perjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat bernama
"al-Abwa' " yang terletak di antara Makkah dan Madinah.
KE PANGKUAN DATUK PEMBELAS KASIHAN
Abdul Mutalib membawa Baginda pulang ke Makkah, dengan
perasaan kasih sayang menepuk didadanya terhadap cucundanya yang kini yatim
piatu, duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliau mengasihani
cucunya melebihi kasih sayangnya ke atas anak-anak cucunya yang lain. Beliau
tidak pernah tinggalkan Baginda keseorangan, meskipun yang dalam keadaan
terpaksa, sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan Baginda lebih
dari cucunya yang lain. Ibnu Hashim menceritakan: Biasanya dihampar di
lindungan Kaabah sebidang tikar khusus untuk Abdul Mutalib, anak-anak dan
cucunya akan bersila di sekeliling tikar itu, tak seorang pun akan duduk di
atas tikar itu hanya Abdul Mutalib seorang, kerana menghormati beliau, namun
bila Rasulullah datang ketika itu Baginda masih kanakkanak, Baginda akan duduk
di atas hamparan itu, di masa itu bapa-bapa saudaranya akan menarik Rasulullah
ke tepi untuk memberi tempat kepada Abdul Mutalib, bila beliau melihat Rasulullah
di situ Abdul Mutalib pun menyeru: Biarkan anakku itu demi Allah dia mempunyai kedudukannya,
kemudian beliau duduk disampingnya di atas hamparan itu, dengan menyapunyapu di
belakang Baginda dan beliau sentiasa senang dengan segala peri laku Baginda.
Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari Datuknya
Abdul Mutalib pun meninggal dunia di
Makkah, walau bagaimanapun sebelum wafat, beliau telah sempat
berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullah kepada bapa saudaranya Abu Talib
saudara kandung ayahnya.
Ke Pangkuan Bapa Saudara Yang Mengasihani
Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul
tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya, beliau meletakkan Baginda
bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan ke atas anak-anaknya
dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan, dalam tempoh empat puluh tahun
beliau menyokong Baginda, melindungi, membenarkan Baginda malah sanggup
berkelahi untuk Baginda.
Bertemu Pendeta Buhaira
Setelah usia Rasulullah meningkat dua belas tahun, ada
yang mengatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari, Baginda keluar belayar
bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam, sehingga apabila sampai ke
Basrah, yang merupakan sebahagian dari Syam di dalam daerah Hawran, namun pada
ketika itu Basrah adalah salah sebuah negeri, di daerah negeri Arab di bawah
taklukan Rom, di sana terdapat seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali
sebagai Buhaira.
Setibanya rombongan ke sana,"Buhaira" keluar
untuk menemui mereka, dan memuliakan mereka sebagai tetamu, tapi ini bukan satu
kebiasaannya, kerana sebelum ini beliau tidak pernah keluar untuk menemui
sesiapa, beliau mengenali Rasulullah dengan segala sifatsifatnya.
Semasa beliau memegang tangan Baginda, terus beliau
berkata: Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskan Allah
sebagai rahmat untuk sekelian alam. Kata Abu Talib: Dari mana maklumat ini tuan
perolehi? Jawab beliau: Tahukah kamu, bahawa semasa kamu mendekati
"al-Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang tidak tunduk
sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang nabi sahaja,
dan aku kenali pada Baginda "Khatam al-Nubuwah" penutup kenabian,
ianya terletak di belakang Baginda di bawah tulang dayung bentuknya seperti
epal, semua sifat-sifat Baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami, seterusnya
beliau meminta supaya Abu Talib membawa Muhammad (s.a.w) pulang ke Makkah, dan
jangan dibawanya ke negeri Syam kerana ditakuti tindakan jahat Yahudi, oleh itu
Abu Talib mengirim Rasulullah untuk berpatah balik ke Makkah bersama-sama
dengan beberapa orang suruhannya.
PEPERANGAN AL-FUJJAR
Semasa usia Baginda lima belas tahun, berlaku satu
peperangan, terkenal sebagai peperangan al-Fujjar, (peperangan penjahat) kerana
jenayah perlanggaran di bulan-bulan haram. Pihak pertama ialah Quraisy dan
Kinanah, yang kedua ialah Qais bin Ilan. Tuan agong bagi Quraisy dan Kinanah
ialah Harb bin Umaiyah kerana status beliau di kalangan masyarakat, Quraisy di samping
faktor umur.
Di awal hari kemenangan berpihak kepada Qais namun bila
hari beralih ketengah hari Kinanah sudahpun menguasai medan pertempuran, di
ceritakan bahawa Rasulullah telah turut serta di dalam peperangan ini, di mana
Baginda menyediakan anak-anak panah untuk bapa saudaranya.
PERJANJIAN AL-FUDUL
Ekoran kepada peperangan al-Fujjar, telah diadakan satu
perjanjian di dalam bulan Zulkaedah. Salah satu bulan Haram, padanya dijemput
qabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul
al-Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah. Kesemua mereka berkumpul di
kediaman Abdullah bin Jadaan al-Taiyimi kerana faktor kedudukan yang disanjung dan
juga faktor umur, memandangkan beliau tertua di antara mereka.
Di dalam perjanjian ini semua mereka bersetuju dan
berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak
terhadap penganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya, Rasulullah
telah ulrut serta di dalam perjanjian ini setelah Baginda diutuskan dan memuji
perjanjian berkenaan, dengan sabdanya: Daku telah menyertai satu perjanjian
yang dilangsungkan di rumah Abdullah bin al-Jadaan. Perjanjian yang
menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta-unta gemuk, sekiranya
aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya daku beri persetujuan segera.
Perjanjian ini menafikan semangat kefanatikan Jahiliah
yang biasanya dimarakkan oleh perasaan asabiah kebangsaan atau perkabilahan,
dikatakan bahawa dorongan yang mengarahkan kepada termeterainya perjanjian ini,
ialah lantaran seorang lelaki dari Zubaid memasuki Kota Makkah dengan barangan
perniagaannya, barangan itu telah dibeli oleh al-As ibnu Wail al-Sahmi, namun harganya
tidak diselesaikan. Sebagai tindakbalas darinya, beliau telah meminta
pertolongan dari sekutunya Abdul al-Dar, Makhzum, Jumah, 'Adi, malangnya pihak
sekutunya tidak memenuhi permintaannya itu, untuk selanjutnya beliau mendaki
bukit Abi Qubis dengan menyuarakan peri penganiayaan terhadapnya, disuarakan di
dalam madah syairnya, al-Zubair bin Abdul Mutalib bangun bertindak dengan
katanya: Apa cerita ini semua membisu belaka? Dengan itu mereka yang telah
mengikat janji al-fudhul tadi menyokongnya, mereka semua segera menemui al-A'as
bin Wail dan mengambil barangan lelaki Zubaid tadi dan dipulangkan kepadanya,
setelah mereka memeterai perjanjian al-Fudhul itu.
HIDUP PENUH KEPERITAN
Rasulullah (s.a.w) tidak mempunyai satu pekerjaan yang
tetap dipermulaan mudanya, namun demikian beberapa riwayat sering mengaitkan
kerja Rasulullah di permulaan usia remajanya, sebagai penternak, mengembala
kambing keluarga Banu Sa'd, dan di Makkah pula mengambil upah dari penduduk
Makkah dengan beberapa qirat, bila Baginda meningkat dua puluh lima tahun,
Baginda keluar ke negeri Syam sebagai peniaga dengan modal Khadijah (r.a).
Ibn Ishak menceritakan: Khadijah binti Khuwailid,
adalah seorang wanita peniaga, mempunyai kedudukan termulia dan pelbagai harta,
biasanya beliau menawar peniaga-peniaga untuk berniaga dengan hartanya, dengan
berkongsi keuntungan, terutamanya orang-orang Quraisy memang terkenal sebagai
ahli perniagaan. Sebaik sahaja perkhabaran mengenai diri Rasululullah dengan
keimanan dan kebenaran pertuturan Baginda, serta ketinggian akhlak mulia, tanpa
berlengah beliau mengantar utusan, menawarkan kepada Baginda untuk keluar berniaga
dengan hartanya ke negeri Syam, beliau menjanjikan Baginda untuk memberi kongsian
lebih lumayan dari yang , biasa diberi kepada peniaga-peniaga lain, untuk ke
sana beliau telah menghantar budak suruhannya mengiringi Rasulullah, tawaran
itu telah diterima oleh Rasulullah dengan baik. Baginda pun keluar ke sana
bersama Maisarah budak suruhan Khadijah hingga tiba ke negeri Syam.
PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (R.A)
Sekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya,
Khadijah mendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga
kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan
oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang diperhatinya di
s'epanjang pergaulannya dengan Rasulullah di sana, dengan perangai-perangai
yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran
dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya.
Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat perihatin untuk
mengawini beliau, namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak, kini
hasrat dan cita-citanya itu didedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti
Manyah, Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah untuk merestui hasrat
Khadijah kepada Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah pun mempersetujui
hasrat Khadijah dan menerima untuk berkahwin dengannya. Baginda pun memberitahu
persetujuan tadi kepada bapa-bapa saudaranya, dengan itu mereka semua telah
datang menemui bapa-bapa saudara Khadijah dan terus meminang Khadijah untuk
Rasulullah (s.a.w), tidak berapa lama upacara perkahwinan pun dilangsungkan, upacara
akad nikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani Mudhar.
Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulangan Baginda dari negeri Syam, Mahar
perkahwinan ialah dua puluh ekor unta betina, usianya dimasa itu sudah
meningkat empat puloh tahun namun di ketika itu beliaulah seafdal-afdal wanita
pilihannya dari segi nasab keturunannya, harta dan pemikiran.
Beliau merupakan isteri pertama kepada Rasulullah. Dan
Baginda tidak mengahwini manamana perempuan pun semasa hayatnya, hinggalah
beliau meninggal.
Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a)
kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim,
dengannya Rasulullah digelar Abu al-Qasim, kemudian
Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah,
beliau bergelar sebagai al-Tayyib dan al-Tahir, anak lelakinya kesemuanya
meninggal semasa kecil, manakala anak-anak perempuannya kesemuanya sempat
dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk
Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda
kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan Baginda enam bulan
kemudian.
PEMBINAAN SEMULA KAABAH DAN PERMASALAHAN AL-TAHKIM
Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy
telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada
strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak
zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta
khazanah di dalamnya. Kaabah telah beberapa kali mengalami kerosakan kerana
bangunannya terlalu usang, dindingnya sering retak dan pecah, lima tahun
sebelum kebangkitan Rasulullah banjir besar melanda Makkah, airnya yang
mengalir deras menuju ke Kaabah, hampir merobohkan bangunan Kaabah itu.
Disebabkan oleh kejadian pihak Quraisy terpaksa memperbaharui bangunannya. Demi
menjaga kedudukannya, maka mereka bersetuju untuk membangunkannya. Namun tugas
tersebut hanya diserahkan kepada mereka yang hanya dikenali sebagai golongan
baik, tidak memasukkan perbelanjaan haram, penjualan riba dan orang yang tidak
menzalimi orang lain.
Mereka takut merobohnya, namun al-Walid bin al-Mughirah
al-Mukhzumi memulakan dan setelah mereka melihat beliau tidak terkena sebarang
bala, barulah orang-orang lain berani bertindak merobohkannya, dan terus mereka
merobohkan bangunan yang lama ini hinggalah sampai ke asas yang dibina oleh Saidina
Ibrahim, setelah itu mereka memulakan pembinaan Kaabah, di mana mereka
membahagikan ruang-ruang kepada setiap qabilah, setiap qabilah bertanggungjawab
membereskan pembinaan bahagian yang dipertanggungjawab kepadannya, semua kerja
adalah di bawah seliaan seorang arkitek berbangsa Rom bernama Baqum, setelah bangunan
selesai disiapkan ke peringkat "Hajar al-Aswad", sekali lagi mereka
berselisih pendapat siapa orangnya yang berkeistimewaan untuk mengangkat dan
meletakkannya ke tempatnya, perbalahan berlarutan hingga ke malam keempat atau
kelima, hampir-hampir membawa kepada pertumpahan darah dan peperangan sengit di
bumi haram itu, hinggalah Abu Umaiyah bin al-Mughirah al-Makhzumi mengemukakan
cadangan kepada mereka, iaitu untuk menerima penyelesaian dari orang yang
pertama memasuki ke dalam masjid, melalui pintu besar dan beliaulah orang yang
akan menjadi hakim, dengan itu mereka yang terlibat pun bersetuju dengan
cadangan itu, dengan kehendak Allah, Rasulullahlah orang yang pertama memasuki
masjid menerusi pintunya itu, mereka pun melaung itu pun al-Amin, kami semua bersetuju
dengan penyelesaian Muhammad.
Setibanya Baginda ke majlis mereka, mereka pun
menceritakan peristiwa sebenarnya yang terjadi lantas Baginda meminta sehelai
kain, lalu diletaknya "Hajar al-Aswad" di atas hamparan kain dan
meminta setiap kepala qabilah memegang hujung kain seterusnya meminta mereka mengangkatnya,
sehingga apabila sampai ke tempatnya maka Baginda sendiri sekali lagi meletakkan
dengan tangan Baginda ke tempatnya yang asal, demikianlah penyelesaian masalah
dengan cara yang bijak yang dapat diterima oleh semua kaum.
Kerana kesuntukan perbelanjaan pihak Quraisy terpaksa
menangguhkan pembinaan yang disebelah utara, lebih kurang enam hasta, kawasan
yang dikenali sebagai "Hijr" dan "al-Hutaim" buat sementara
dipasang pintu disitu supaya tidak ada orang memasuki ke dalamnya, kecuali yang
berhajat, setelah bangunan mencecah lima belas hasta maka di dirikan enam tiang
untuk meletak atapnya. Apabila selesai pembinaan Kaabah, maka kelihatanlah
bentuknya yang seakan-akan empat segi padu dengan ketinggian lima belas meter,
panjang sudut di mana terletaknya Hajar al-Aswad dan yang setentang dengannya
lalah sepuluh meter kali sepuluh meter ketinggian aras letaknya Hajar al-Aswad
dari dataran bertawaf setinggi satu perpuluhan lima puluh meter (1.50 meter)
manakala lawang pintu setinggi dua betas meter, samalah dengan pintu berukuran
dua belas meter ianya dilingkungi dengan tembok dari bawah purata tingginya
perpuluhan dua puluh lima meter, lebarnya perpuluhan tiga puluh lima meter,
tembok berkenaan dikenali sebagai al-Shazarwan yang merupakan dasar asal
al-Kaabah, tetapi Quraisy mengabaikannya.
SEJARAH RINGKAS SEBELUM KEBANGKITAN
Diri Rasulullah merupakan jambangan yang tersusun
padanya seluruh keistimewaan dan kebaikan yang terdapat pada manusia, Baginda
adalah contoh pemikiran unggul lagi jitu, dengan pandangan yang waras,
kecerdikan dan kebijaksanaan tersendiri, ketepatan mencari jalan dan sasaran,
urusan Baginda digarapkan melalui sifat berdiam yang panjang disokong dengan
pengamatan dan keseriusan berfikir serta sentiasa berpihakkan kebenaran.
Kesuburan berfikir dan keheningan naluri semulajadi memampukan Baginda membaca
dan mencerakinkan pita-pita hidup, pergolakan manusia dan arus-arus perjalanan
jamaah-jamaah. Baginda menolak segala bentuk khurafat dan menghindar diri
darinya, namun Baginda tetap berinteraksi dengan manusia ramai dengan
kewaspadaan dan basirah terhadap sebarang tindakan Baginda dan tindakan mereka.
Sekiranya didapati kebaikan tanpa teragak-agak Baginda
menyertai mereka, kalau tidak Baginda akan menyusur suasana uzlahnya. Tidak
pernah Baginda menjamah khamar, tidak pernah memakan sembelihan berhala. Tidak
pernah menyertai perayaan-perayaan berhala atau eksponya, sejak awal-awal lagi
Baginda memang membencikan penyembahanpenyembahan yang karut dan batil ini,
hingga tidak ada suatu pun yang paling dibenci Baginda selain dari
berhala-berhala. Baginda tidak dapat menahan kesabarannya untuk mendengar orang
bersumpah dengan berhala al-Lata dan al-Uzza.
Tidak syak lagi kuasa takdir Allah memagar Rasulullah
dengan inayah jagaanNya, diketika
mana naluri keinginan kemanusiaan Baginda merangsang Baginda dari
dalam untuk mengambil habuannya dari kelazatan duniawi. Jika perasaan Baginda
senang menerima sebahagian dari resam-resam yang tercela, di ketika itu pula
penjagaan Ilahi akan berperanan menghalang perasaan tadi, mengikut riwayat Ibn
al-Athir "Sabda Baginda: Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yang
dilakukan oleh orang jahiliah selain dua kali sahaja, namun kesemuanya Allah
s.w.t menghalang daku dari meneruskannya, lepas itu tidak pernah aku idam-idamkan
lagi, hinggalah Allah mengurniakan daku dengan risalahNya. Di suatu malam ku telah
berkata kepada budak suruhan yang mengembala ternakan bersama ku di pinggir
Makkah:
Boleh tak kalau kamu tolong menjaga kambing-kambingku
ini, sehingga dapat ku masuk ke kota Makkah dan berjaga malam seperti
pemuda-pemuda lain. Jawab budak itu, Ya! kau boleh pergi. Daku pun keluar
sehingga apabila aku sampai ke rumah pertama ku pun mendengar alunan alat
permainan, ku bertanya orang di situ: Apa keramaian semua itu? Jawab mereka itulah
keramaian majlis perkahwinan Si Fulan dengan perempuan Fulan. Daku pun duduk mendengarnya,
tetapi Allah telah menutupkan telingaku dan daku pun terlena. Kepanasan matahari
telah mengejutkan ku dari tidur tadi. Bila ku pulang menemui teman ku, di mana
beliau bertanya apa ceritanya, ku pun mencerita segala-galanya, hal yang sama
ku cuba di suatu malam yang lain, namun setelah ku sampai ke Kota Makkah hal
yang sama terjadi pada ku selepas itu daku tidak pernah mencuba lagi.
Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah
dengan katanya: Ketika pembinaan semula Kaabah, Rasulullah telah turut serta
bersama al-Abbas, kerja mereka mengangkut batubatu. Al-Abbas berkata kepada
Rasulullah: Sangkutkan kain kau itu ke tengkok supaya dapat menghindar dari
terkena batu-batu, bila Baginda berbuat demikian Baginda terus pengsan dan jatuh
ke tanah, dua matanya terjegil ke langit, setelah sedar terus Baginda melaung,
kain ku! kain ku! lalu dipakaikan kainnya ke badannya, dalam satu riwayat lain
mengatakan: Selepas kejadian itu tidak lagi dilihat aurat Baginda.
Rasulullah mempunyai keistimewaan di kalangan kaumnya,
dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat terpuji.
Baginda tokoh termulia di kalangan bangsanya, elok perangai, tinggi sikap
kejiranan, lapang kesabarannya, benar percakapan, lemah lembut pergaulan,
bersih jiwa, murah pemberian, mulia pekerjaan, menepati janji, beramanah dan bertanggungjawab
hingga mereka menggelarnya sebagai "al-Amin " kerana Baginda memiliki
pekerti dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda adalah sepertimana yang
disifatkan oleh Khadijah sebagai: "Seorang yang sentiasa menanggung beban,
membantu orang yang kesempitan, memberi makan kepada tetamu dan menolong
menegak kebenaran ".
SEMASA KERASULAN
Turunnya wahyu pertama merupakan detik paling
bersejarah dalam kehidupan Muhammad S.A.W, bermulanya tugas mencabar sebagai
Rasul Allah yang bertanggungjawab menyelamatkan manusia dari kesesatan. Ia
lebih mencabar apabila wahyu yang diterimanya itu menjadi bahan pertikaian di
kalangan Quraisy Mekah yang selama ini memuji-muji keperibadian Muhammad bin
Abdullah.
DIBAWAH NAUNGAN AL- NUBUWAH DAN AL-RISALAH Dl GUA HIRA
Bila usia Baginda meningkat empat puluh tahun, renungan
dan pengamatan Baginda di masanya yang silam, membawa Baginda semakin jauh lagi
jurang dan cara pemikiran Baginda dari kaumnya, membawa Baginda gemar untuk
mengasingkan diri berikhtila', untuk itu Baginda membawa bekalan dan air untuk
maksud ke gua Hira di bukit al-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah,
ianya adalah sebuah gua yang selesa (panjangnya empat hasta).
Turut bersama, keluarga Baginda, di sana Baginda
tinggal selama sebulan Ramadhan. Baginda memberi jamuan kepada fakir miskin
yang menziarahinya, di samping Baginda menghabiskan masanya di sana untuk
beribadat dan berfikir mengenai alam semesta sekelilingnya, kudrat disebalik
penciptaannya, Baginda tidak senang dengan akidah pegangan syirik kaumnya, yang
terlalu rapuh dan reput itu, serta tasawurnya yang tidak bertunjang. Baginda
mempunyai satujalan keluar yang jelas, atau satu program yang padu dan haluan
arah-tuju yang boleh
Baginda berpuas hati dengannya. Pemilihan Baginda untuk
beruzlah itu merupakan sebahagian dari program yang disusun oleh Allah s.w.t
untuk Baginda sebagai persiapan untuk menangani persoalan agung. Malah ianya
suatu yang tidak dapat tidak bagi mana-manajiwa agung untuk berperanan
membentuk perjalanan hidup manusia. Jiwa seperti ini hams berikhtila' dan beruzlah
untuk beberapa ketika memutus hubungan dari kesibukan bumi, kebisingan hidup
dan kegawatan manusia yang memilih perjalanan hidup duniawi.
Demikian Allah menyusun program untuk Muhammad sebagai
persiapan untuk memikul amanah agung di muka bumi ini, dalam rangka untuk
merombak dan merubah sistem yang sedemikian lama bermaharaja di bumi ini dan
demi untuk membetulkan landasan sejarah yang diselewengkan. Allah menyusun
program al-Uzlah ini, tiga tahun sebelum Baginda memikul amanah dan risalah
Ilahi ini, di dalam beruzlah ini Baginda mengambil masa selama beberapa bulan,
menghayati kehadiran bayu maya pada yang serba bebas dan merdeka. Di sampingnya
Baginda mengamati alam di sebalik maya pada ini, sehingga tiba masanya untuk
bermuamalah dan berinteraksi dengan alam ghaib itu, iaitu pada ketika yang
dikehendaki Allah.
PENANGGUHAN WAHYU
Adapun tempoh penangguhan wahyu, mengikut riwayat Ibn
Saad daripada Ibn Abbas yang bermaksud bahawa penangguhan itu adalah beberapa
hari, pendapat yang rajih (berat) malah itulah pendapat yang tepat, iaitu
setelah dilihat dari beberapa aspek. Manakala pendapat yang masyhur mengatakan
yang ianya berlarutan hingga tiga tahun atau dua tahun setengah, ini bukan
pendapat yang sahih dari mana-mana sudut pun. Namun bukan di sini ruang untuk
kita perlihatkan pendapat tersebut.
Di hari-hari penangguhan wahyu Rasulullah hidup dalam
keadaan muram dan berduka, Baginda dilanda kehairanan dan kebimbangan, hal ini
telah diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam bahagian kitab al-Tabir dengan
nasnya yang bermaksud: Dan Wahyu pun tertangguh beberapa ketika menyebabkan
Baginda berduka, mengikut maklumat yang sampai kepada kita, bahawa Baginda
tersangat berdukacita, hingga mendorong Baginda berkejar, berkali-kali ke kemuncak
bukit, hendak menghumban diri, namun apabila sampai ke kemuncak sana untuk mencampak
dirinya, Jibril pun menampilkan diri sambil berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya
engkau adalah utusan Allah yang sebenar. Dengan itu gelora dalam hatinya pun kembali
tenang danjiwa kembali tenteram, dengan itu Baginda pulang semula ke rumah,
sekali lagi bila wahyu tertangguh kembali pula Baginda dilanda perasaan gundah
dan dukacita, berulang pula Baginda ke kemuncak bukit dan sekali lagi Jibril
menampakkan dirinya seraya melaung ungkapan yang sama kepada Rasulullah.
JIBRIL MEMBAWA WAHYU DI KALI KEDUA
Ibnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu pun sudah
berlalu, itu adalah dengan tujuan untuk membuang perasaan gerun dari hati Baginda
dan untuk membangkit perasaan merindukan wahyu, setelah mana perasaan
kehairanan sudah tiada lagi, disebaliknya tertegak pula tunggak hakikat. Kini
Rasulullah sudah arif dengan penuh keyakinan bahawa Baginda adalah nabi utusan
Allah s.w.t, yang datang menemui itu adalah duta wahyu membekal Baginda warta
dan perkhabaran langit, hingga dengan itu Baginda sudah kepiftginan dengan Jibril
dan wahyu Ilahi, sikap inilah yang membawa Baginda cekal dan sanggup menerima
dan memikul tugas dakwah, ketika Jibril kembali datang menemui Baginda iaitu
dikali kedua. Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa
beliau telah mendengar Rasulullah menceritakan mengenai penangguhan wahyu
dengan sabdanya yang bermaksud:
"Di ketika daku sedang berjalan tiba-tibaku
terdengar satu suara dari langit maka ku pun mengangkat pandanganku ke arah
langit, tiba-tiba malaikat yang mendatangi daku di gua Hira dahulu sekali lagi
ku lihatnya sedang duduk di atas kursi di antara langit dan bumi, daku terkejut
dan tergamam hingga terjatuh ke bumi, kemudian aku segera pulang menemui
keluarga dengan meminta: Selimutkanlah daku, selimutkanlah daku, selimutkanlah
daku", disusuli dengan turunnya ayat Allah:
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah
peringatan dan amaran (kepada umat .manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan
ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan
segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (al-Muddadstsir: 1-5)
PENJELASAN LANJUT MENGENAI JENIS-JENIS WAHYU
Sebelum kita menghuraikan secara terperinci mengenai
penghidupan sebagai seorang rasul dan nabi, kita berpendapat ada baiknya
terlebih dahulu kita mengenali jenis-jenis wahyu yang merupakan sumber risalah
dan bekalan dakwah, Ibnu al-Qayyim telah menyebut peringkatperingkat wahyu:
Pertama:
Mimpi benar, ianya adalah permulan wahyu kepada Rasulullah.
Kedua:
Sesuatu yang dicampakkan oleh Malaikat ke dalam dadanya dan hati naluri
Rasulullah tanpa melihatnya, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah
(s.a.w): Sesungguhnya Jibril telah mencampak ke dalam hatiku bahawa: Sesuatu
jiwa itu tidak akan mati kecuali setelah genap rezekinya, hendaklah kamu
bertaqwa kepada Allah, dan berusahalah dengan baik di dalam usaha mencari
rezeki, dan jangan sekali-kali dek kelewatan rezeki itu ianya mendesak kamu
berusaha secara memaksiati Allah, kerana sesungguhnya sesuatu di sisi Allah itu
tidak boleh diperolehi kecuali dengan mentaatinya.
Ketiga:
Rasulullah didatangi Jibril yang menjelma dirinya sebagai seorang lelaki, dan
berblcara dengan Baginda di mana Rasulullah menyedari dan mengingati segala apa
yang diperkatakan kepadanya, di dalam peringkat ini para sahabat pun turut
dapat melihat Jibril pada ketikaketikanya.
Keempat:
Rasulullah didatangi melalui bunyian seperti deringan loceng, cara ini yang
paling berat bagi Rasulullah untuk menerimanya, melaluinya Jibril turut
menyertainya, hinggakan dahi Baginda mencucur keringat walaupun di hari yang
terlalu dingin, malah tunggangannya sekali turut bersimpuh ke bumi. Di suatu
ketika wahyu dalam bentuk ini turun kepada Rasulullah (s.a.w) sedang pahanya di
atas paha Zaid bin Thabit, Zaid terasa berat bagaikan nak pecah.
Kelima:
Baginda melihat malaikat Jibril dalam bentuk parasnya yang di ciptakan, lalu diwahyukan
kepadanya sekehendak Allah, cara ini terjadi kepada Baginda dua kali, seperti mana
Allah menyebutnya di dalam surah al-Najm.
Keenam:
Tanpa hijab: sebagaimana yang diwahyukan kepada Baginda semasa Baginda berada
di petala langit di malam Mikraj, Baginda menerima perintah solat dan
sebagainya.
Ketujuh:
Percakapan Allah secara langsung kepadanya tanpa perantaraan Malaikat seperti mana
Allah berbicara dengan Musa bin Imran, jenis ini sabit kepada Musa a.s di dalam
al-Quran, juga sabit kepada Rasulullah di dalam peristiwa al-Isra'.
Sesetengah ulama menambahkan peringkat kelapan iaitu
percakapan Allah bersemuka dengan rasulnya tanpa hijab, ini adalah masalah
khilafiah di antara salaf dan khalaf.' Berakhir sudah, dengan ringkasan singkat
mengenai peringkat permulaan hingga kelapan penurunan wahyu.
SELEPAS KERASULAN
Kemunculan dakwah Rasulullah S.A.W. di tengah kegelapan
jahiliyah, mendorong dakwah itu
dilaksanakan secara berhati-hati dan berperingkat. Permulaan
dakwah nabi secara rahsia,
sebagai strategi dakwah nabi yang sangat cermat. Ia mengambil masa
yang panjang dan
penuh berhati-hati kerana apa yang hendak disampaikan adalah
bercanggah secara total
dengan kepercayaan dan amalan harian kaum jahiliyah Arab.
PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH DAN TAHAP-TAHAPNYA
Tempoh dakwah Rasulullah s.a.w boleh dibahagikan kepada
dua peringkat, kedua-duanya itu
berbeza di antara satu sama lain:
1.
Peringkat
Makkah selama tiga belas tahun.
2.
Peringkat
Madinah selama sepuluh tahun genap.
Setiap peringkat ini ada ciri-cirinya yang tersendiri,
ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas pada
setiap zuruf dan persekitaran yang dilaluinya.
Peringkat Makkah boleh dibahagikan kepada tahap-tahap berikut:
1.
Tahap
dakwah secara rahsia tiga tahun.
2.
Tahap
iklan dan keterbukaan dakwah penduduk Makkah. Bermula dari tahun keempat tarikh
kebangkitan hinggalah ke kemuncak tahun kesepuluh.
3.
Tahap
ketiga keluar ke kota Makkah dan penyebaran di kalangan mereka, bermula dari penghujung
tahun kesepuluh hingga ke hijrah Rasulullah.
Manakala tahap-tahap diperingkat Madinah akan kita jelaskan di
tempatnya nanti.
TAHAP PERTAMA: JIHAD MELALUI DAKWAH
Tiga tahun berdakwah secara rahsia.
Seperti yang diketahui, Makkah merupakan pusat agama
bangsa Arab dan kecergasannya, pegawai dan pengumpul agama bertempat di Kota
Makkah. Mereka juga penyelia dan pengawal, berhala-berhala seluruh bangsa Arab
di masa itu, untuk sampai kepada sasaran pengislahan amat sukar sekiranya jauh
dari Makkah itu sendiri, kerja ini memerlukan kepada kecekalan hati dan
ketabahan yang tidak boleh digugat oleh dugaan dan bencana.
Adalah bijak dan hikmah dakwah di masa ini secara
rahsia, supaya tidak mengejutkan penduduk Makkah dengan suatu yang boleh
membangkitkan kemarahan mereka.
GENERASI PERTAMA
Suatu hal yang biasa dan tabi'i di mana Rasulullah cuba
memperkenalkan Islam untuk kali pertama kepada orang-orang yang terdekat dengan
Baginda, keluarga dan kawan-kawan Baginda. Mereka inilah yang paling awal
didakwahkan, didakwahkan juga orang-orang yang dikenali dengan kebaikan mereka,
dikenali mereka sebagai golongan mencintai kebenaran dan kebaikan dan
sebaliknya mereka pula mengenal Rasulullah sebagai individu yang mengutamakan
kebenaran dan kebaikan. Antara mereka memang ada yang menyahut seruan Baginda
itu tanpa meragui sesuatu pun mengenai peribadi Rasulullah dan mengenal maksud dan
tujuan Rasulullah berdakwah dengan risalahnya itu, golongan ini dikenal dalam
sejarah Islam sebagai generasi al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini terdiri dari
isteri Baginda Saidah
Khadijah r.anha, Ummu al-Mukminin sebagai orang yang
terawal menganut Islam. Orang suruhannya Zaid bin Harithah bin Syurahbil
al-Kalabi, anak saudaranya Ali Ibni Abu Talib yang masih kanak-kanak lagi, di
bawahjagaan Rasulullah, kawannya yang terdekat Abu Bakr al-Siddiq, kesemua
mereka ini mengucap Kalimah Syahadah di hari pertama Rasulullah memperkenalkan
dakwahnya.
Abu Bakr menyusul pula sebagai penggerak dan pendakwah
yang aktif, beliau merupakan tokoh yang disenangi dan mudah berkomunikasi
dengan orang ramai lagi berakhlak mulia.
Anggota kaumnya sentiasa mendatangi beliau dan
berdamping dengannya, kerana ilmu pengetahuan, perniagaan dan mulia
pergaulannya. Beliau bertugas mengajak orang yang dipercayai yang sentiasa
berhubungan dengannya, mereka itu seperti Uthman bin Affan al-Umawi, al-Zubair
bin al-Awam al-Usdi, Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, Sa'd Ibn Abi Waqqas
al-Zuhri dan Talhah bin Abdullah al-Tayyimi. Mereka ini seramai lapan orang
adalah generasi peneroka dan terawal menganut Islam.
Di antara yang terawal juga ialah, Bilal bin Rabah
al-Habsyi, kemudian disusuli pula oleh Amin al-Ummah orang kepercayaan umat
iaitu Abu Ubaidah 'Amir bin al-Jarah dari Bani al-Harith bin Fihr, Abu Salamah
bin Abdul al-Asad al-Makhzumi, al-Arqam bin Abu al-Arqam al-Makhuzmi, Uthman
bin Maz'un dan dua saudaranya Qudamah dan Abdullah, Ubaidah bin al-Harith bin
al-Mutalib bin Abdul Manaf, Said bin Zaid al-Adawi al-Urus dan isterinya
Fatimah bin al-Khattab al-Adwiah adik perempuan Umar Ibni al-Khatab, Khabbab
bin al-Arat, Abdullah bin Mas'ud al-Huzali dan ramai lagi selain mereka ini,
mereka adalah dianggap sebagai lapisan terawal menganut Islam al-Sabiqun
al-Awwalun. Mereka ini dari seluruh keturunan Quraisy, Ibnu Hisham telah
menghitung mereka seramai empat puloh orang. Menyebut sebahagian mereka sebagai
golongan al-Sabiqun al-Awwalun sekadar sepintas lalu. Ibn Ishak telah menyebut:
Kemudian maka masuklah bilangan yang ramai ke dalam
Islam bertali arus tidak putus-putus menyebabkan keriuhan di Kota Makkah dan
diperkatakan orang.
Namun kesemua mereka ini memeluk Islam secara rahsia,
Rasulullah terus membuat pertemuan dengan mereka member! pertunjuk kepada
mereka mengenai hal agama secara bersembunyi, kerana dakwah masih lagi dalam
bentuk individu dan rahsia. Wahyu turun tanpa putus-putus lagi, iaitu selepas
terturunnya awalan surah al-Muddasir, bahagian-bahagian surah yang turun di
masa-masa ini merupakan ayat-ayat yang pendek-pendek, struktur ayatnya indah dan
kemas, rentak-rentaknya adalah lembut, seni susunannya sesuai dengan tuntutan
suasana yang damai, bertemakan pembersihanjiwa dan mengecam kerja-kerja
pencemaran diri dengan noda-noda dunia. Mengambarkan keindahan syurga dan
keburukan neraka bagaikan tertera di hadapan mata kepala, membimbing manusia
mukmin dalam satu suasana yang berbeza dari suasana masyarakat manusia di
ketika itu.
SOLAT
Perintah yang terawal sekali diturunkan ialah solat,
Muqatil bin Sulaiman telah menyebut: Allah Subhanahu Wa Taala telah memfardukan
solat di permulaan Islam dengan dua rakaat di pagi hari dan dua rakaat di malam
hari, berdasarkan firman Allah:
"Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu di waktu
malam dan di waktu pagi". (al-Mu'min: 55)
Ibn Hajar telah berkata: Dengan jelas Rasulullah
sebelum Isra' bersembahyang, demikianjuga para sahabat Baginda, cuma yang
diikhtilafkan apakah difardhukan solat-solat yang dilakukan sebelum kefardhuan
solat lima waktu itu, atau apakah ianya bukan fardhu? Ada pendapat mengatakan
yang difardhukan itu ialah solat sebelum naik matahari dan sebelum terbenamnya.
Al-Harith bin Usamah katanya: Bahawa Rasulullah (s.a.w)
dipermulaan penurunan wahyu, Baginda telah didatangi Jibril (a.s), beliau
mengajar Baginda cara berwudhuk setelah selesai berwudhuk diambilnya air
secebok, maka dibasuh kemaluannya, Ibnu Majah meriwayat hadith yang sama
dengannya, juga hadith yang diriwayat dari al-Bara' bin al 'Azib dan Ibnu
Abbas, dan tersebut di dalam hadith Ibn Abbas yang bermaksud:
"am adalah dipermulaan fardhu solat"
Ibnu Hisham menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) dan para
sahabat Baginda, mereka semua apabila tibanya waktu solat, mereka keluar ke lorong
tertentu untuk menunaikan solat, bersembunyi dari kaum mereka, di suatu ketika
Abu Talib pernah ternampak Rasulullah dan Saidina Ali sedarig bersembahyang
lalu beliau menanyakan kepada mereka berdua, mengenai sembahyang yang mereka
lakukan itu, bila beliau memastikan jelas amal ibadat ini, beliau menyuruh
mereka beristiqamah dengannya.
MAKLUMAT TELAH SAMPAI KE PENGETAHUAN QURAISY.
Setelah dilihat dari berbagai aspek yang berlainan
terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku, nampaknya dakwah di dalam tahap ini,
meskipun bersifat rahsia dan individu namun beritanya sudah pun tersibar
kepengetahuan Quraisy, tetapi ianya tidak dipedulikan sangat.
Al-Syeikh Muhammad al-Ghazali r.a. menyebut: Berita
dakwah Rasulullah ini telahpun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi mereka
tidak mengambil endah sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini
salah seorang jenis manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai
ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi
al-Salt, Quis bin Sa'idah, Amru bin Nufail dan lain-lain lagi, walau macam mana
sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati
hari demi hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini.
Berlalu tiga tahun dakwah Rasulullah, ianya masih lagi
rahsia dan dalam konteks individu. Apa yang berlaku ialah tertegaknya sebuah
jamaah golongan mukmin yang bertunggakkan persaudaraan dan sanggup tolong
menolong, bekerja menyampaikan risalah Muhammad dan mengemaskan tapak
perjuangannya. Namun selepas tiga tahun kini Rasulullah diminta supaya mengisytiharkan
dakwahnya kepada kaumnya dan menghadapi kepalsuan mereka, menentang serta
mengecam berhala-berhala mereka.
TAHAP KEDUA: DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN
Arahan awal menggerakkan dakwah:
Arahan awal supaya digerakkan dakwah secara
terang-terangan adalah berdasarkan ayat terawal diturunkan mengenainya yang
bermaksud:
"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang
terdekat. "
Surah yang termuatnya ayat ini ialah surah al-Syuara',
diawalnya dikisahkan Musa a.s, bermula dari kebangkitan sebagai nabi hinggalah
hijrahnya bersama Bani Israel, kejayaan mereka terlepas dari Firaun dan
petualang-petualangnya dan penenggelaman Firaun bersama-sama orangnya ke dalam
laut, kisah ini mengandungi tahap-tahap dakwah nabi Musa yang dilaluinya dalam
usaha mengajak Firaun dan kaumnya untuk beriman dengan Allah. Pada saya pengisahan
Musa secara terurai ini bertujuan untuk mengiringi sumhan Allah kepada nabi Muhammad
s.a.w untuk berdakwah kepada kaumnya, agar kisah ini menjadi teladan tertera dihadapan
mata kepala mereka, di mana mereka akan menghadapi pendustaan dan penyiksaan
semasa mereka mengisytiharkan dakwah secara terbuka dan supaya dari awalawal lagi
mereka mempunyai ain basirah terhadap kerja yang bakal mereka laksanakan nanti.
Dari sudut yang lain surah ini juga menyebut kesudahan
mereka yang engkar dengan utusan
Allah, mereka terdiri dari kaum Nuh, 'Aad, Thamud, kaum Ibrahim,
kaum Lut, penghuni al-Aikah
- selain dari Firaun dan kaumnya, agar mereka mengambil periktibaran,
bahawa kesudahan mereka pun sama juga sekiranya mereka terus mendustai
Rasulullah dan kaum Mukminin akan mengetahui bahawa balasan yang baik sedang
menunggu mereka.
SERUAN KEPADA KELUARGA TERDEKAT
Tindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah sebaik
sahaja turun ayat mengenai seruan cara ini ialah dengan menjemput anggota Bani
Hasyim, mereka seramai empat puluh lima orang, yang juga terdiri dari keluarga
Bani al-Mutalib bin Abdul Manaf. Dalam majlis ini Abu Lahab memulakan
percakapan dengan katanya: Mereka ini semua bapa-bapa saudara dan anak-anak saudara
kamu, ayuh bercakaplah tetapi tinggalkan persoalan al-Saba 'ah keluar agama,
kau mesti tahu di mana seluruh bangsa Arab bangsa kamu juga, mereka ini tidak
berkuasa, dan aku lebih berhak memegang kamu, untuk kamu memadai setakat anak
pinak bapa kamu, sekiranya kau berhenti setakat yang telah kamu lakukan itu,
maka itu lebih senang diterima oleh kesemua qabilah-qabilah Quraisy, dan
disokong oleh bangsa-bangsa Arab. Setakat hari ini aku belum pernah bertemu
dengan seorang lelaki yang telah membawa keburukan ke atas kaumnya, seperti
yang kau lakukan ini. Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak
berkata-kata sebarang apa pun, di dalam majlis itu. Kemudian, sekali lagi
Rasulullah menjemput mereka dan berkata:
Segala puji-pujian bagi Allah daku lafazkanm, denganNya
laku memohon pertolongan, denganNya daku beriman, ke itasNya daku bertawakkal,
daku bersaksi sesungguhnya tiada luhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu
bagiNya. Katanya iagi: Sesungguhnya pemimpin tidak mendustai, demi Allah tiada
I\ihan melainkan Dia, sesungguhnya daku adalah pesuruh Allah, kepada kamu
secara khusus dan untuk manusia secara umum. Demi Allah sesungguhnya kematian
kamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan kamu akan dibangkitkan semula sama
seperti kamu dijagakan dari tidur ini. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas segala
amalan yang kamu lakukan, balasannya itu samada ke syurga selama-lamanya atau
ke neraka selama-lamanya. Abu Talib bangun menyahut Rasulullah dengan berkata:
Tidak ada suatu pun yang Allah suka bagi kami selain dari membantu kamu,
menerima nasihat kamu, mempercayai kata-kata kamu itu, mereka yang berkumpul
ini adalah anak keluarga bapa engkau, aku ini cuma salah seorang dari mereka
tetapi aku lebih segera untuk menerima apa yang kamu senangi itu. Ayuh,
teruslah dengan sesuatu yang telah diperintahkan ke atas kamu itu, demi Allah
aku ini masih Iagi menjaga dan mempertengahkan kamu, namun jiwaku masih
tidak berupaya dan sanggup untuk berpisah dengan agama Abdul
Muttalib itu. Segera dicelah oleh Abu Lahab dengan katanya: Demi Allah ini
adalah salah satu keretakan, pegang tangannya sebelum dia dipertahankan oleh
orang lain. Jawab Abu Talib, demi Allah kami akan mempertahankannya selagi
hayat dikandung badan.
DI BUKIT AL-SAFA
Setelah Rasul memperolehi kepastian dari penjagaan Abu
Talib terhadap dirinya semasa Baginda menyampaikan risalah Tuhannya, maka
Rasulullah di suatu hari telah berdiri di Bukit al-Safa dan menyeru: Ayuh
berkumpullah kamu di pagi hari ini. Maka bergegaslah keluarga qabilah Quraisy
ke hadapan Rasulullah. Di sana Rasulullahmengajak mereka untuk beriman dengan
Allah Yang Esa, dengan risalahnya dan dengan hari akhirat. Mengenai kisah ini
Imam al-Bukhari meriwayatkan sebahagian darinya, iaitu melalui Ibnu Abbas
dengan katanya: "Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat.
"
Setelah turunnya ayat ini, maka Rasulullah pun segera
ke bukit Safa dan menyeru dengan katanya: Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga
keturunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah mereka semua, hingga
kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti
apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun dating disitu.
Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di
sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh
percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum
pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan
kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian
bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!
Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini,
apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah
yang bermaksud: ''Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ".
Imam Muslim pula meriwayatkan sebahagian yang lain pula
dari cerita ini, iaitu melalui Hadith yang diriwayat oleh Abu Hurairah.
Katanya, setelah terturunnya ayat Allah yang bermaksud: "Dan berilah
peringatan kepada keluargamuyang terdekat. "
Maka Rasulullah pun mengajak mereka secara umum dan
khusus; kata Baginda: Wahai kalian Quraisy, selamatkanlah diri kamu dari api
neraka, wahai kalian Ka'ab selamatkanlah diri kamu dari api neraka, demi Allah
sesungguhnya daku tidak berkuasa menolong kamu dari azab Allah, apa yang ada
hanyalah hubungan rahim yang akan ku cubakannya.
Inilah laungan yang berkumandang membawa maksud
penyampaian yang optima. Sebenarnya Rasulullah telah menerangkan kepada yang
terdekat dengannya, bahawa mempercayai dengan risalah yang dibawanya ini
merupakan penyuburan kepada hubung rahim di antara Baginda dan mereka semua.
Kefanatikan kekeluargaan yang menjadi pegangan bangsa Arab ini dicairkan oleh
bahang kepanasan inzar-inzar (peringatan-peringatan) dari Rasulullah s.a.w. yang
pasti akan disusuli dengan azab dari daripada Allah s.w.t.
MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN REAKSI MASYARAKAT MAKKAH
Suara seruan Rasul di bukit al-Safa itu masih lagi
bergema dipelusuk penjuru kota Makkah, hinggalah turuimya ayat Allah:
"Maka sebarkanlah dengan apa yang telah
diperintahkan kepadamu dan berpaling tadahlah
dari kaum musyrikin " (al-Hijr: 94)
Rasulullah bangun melaksanakan tugasnya itu dan
membongkar khurafat-khurafat syirik dan kepalsuannya. Rasulullah memperingatkan
hakikat berhala-berhala yang mereka sembah itu yang ketiadaan nilai sedikit
pun. Baginda mendedahkan kekosongan fungsinya dengan contohcontoh sebagai
pendekatan. Baginda menjelaskan dengan kenyataan-kenyataan, di mana para pemimpin
yang dianggap sebagai perantaraan menghubungkan mereka dengan Allah adalah kerja-kerja
yang sia-sia dan sesat semata-mata. Seluruh Makkah menjadi berang dan marah, merasakan
satu kepelikan dan aneh seterusnya membantah dan memprotes terhadap tuduhan dan
ancaman yang menganggap orang musyrikin dan penyembahan berhala sebagai sesat, tuduhan
itu dianggap melulu bak halilintar berdentum di celah mendung langit, menggegar
suasana yang penuh kedamaian. Kaum Quraisy bangun serentak untuk menyekat satu
revolusi yang muncul dengan tiba-tiba, mereka curiga ianya akan melenyap dan
meranapkan budaya hidup yang mereka warisi selama ini.
Mereka bangun serentak, kerana mereka mengetahui dengan
pasti bahawa "beriman" itu ertinya menafi seluruh tuhan selain dari
Allah. Beriman dengan risalah Muhammad dengan hari Akhirat bererti penyerahan
total dan pengakuan yang mutlak, dengan ertikata mereka sudah tidak mempunyai
sebarang pilihan lagi pada diri mereka mahupun pada harta mereka lebihlebih lagi
terhadap orang lain. Ini juga bermakna penafian kekuasaan dan kelebihan mereka
ke atas bangsa Arab atas nama agama. Kerana mereka enggan melaksanakan kehendak
Allah dan RasulNya, sanggup mempertahankan penganiayaan yang mereka lakukan
selama ini terhadap lapisan bawahan mereka, berkeras untuk meneruskan kejahatan
yang mereka sudah berbudaya dengannya pagi dan petang, mereka arif kesemua
perilaku yang memalukan ini, maka itulah yang menyebabkan jiwa mereka enggan
untuk menerima risalah Muhammad (s.a.w), untuk kebaikan dan kemuliaan, tetapi
sebaliknya rela untuk meneruskan kejahatan seperti firman Allah:
"Bahkan manusia menghendaki untuk terus berjahat
di masa yang akan datang". (al-Qiyaamah: 5)
Mereka sedar semuanya ini, tetapi apakah yang akan
mereka lakukan berhadapan dengan lelaki yang benar dan beramanah ini, yang
merupakan contoh ideal kepada akhlak mulia dan kemanusiaan yang sempurna,
selama ini mereka belum pernah menemui satu contoh dan bandingan seperti
Muhammad s.a.w ini disepanjang sejarah mereka dan sejarah ibu bapa mereka.
Apakah yang akan mereka lakukan? Mereka sebenarnya kebingungan dan memanglah
wajar mereka kebingungan.
Setelah menilik pemikiran mereka sematang-matangnya,
didapati tiada jalan lain selain dari menemui bapa saudaranya Abu Talib, mereka
akan meminta jasa baik Abu Talib supaya menghalang anak saudaranya itu, dari
meneruskan tindakan memperlecehkan berhala-berhala mereka, untuk mengemaskan
tuntutan mereka itu, mereka akan mendakwa: Bahawa tindakan dan seruan untuk
meninggalkan tuhan-tuhan mereka, di samping menyatakan ketiadaan sebarang
faedah atau sebarang daya pun bagi berhala-berhala itu, adalah satu penghinaan
dan merendah-rendahkan nenek moyang mereka yang mewarisi agama ini. Sebaik
sahaja mereka dapat idea ini terns mereka berhadapan dengan Abu Talib.
PERWAK1LAN QURAISY MENEMUI ABU TALIB
Ibnu Ishak meriwayatkan; tokoh-tokoh pemuka Quraisy
bergerak menemui Abu Talib dan mereka bersuara: Wahai Abu Talib, sebenarnya
anak saudaramu itu telah mencela tuhan-tuhan kita, memperbodohkan agama
pegangan kita, memperkecilkan pemikiran kita dan mendakwa datuk nenek kita
dalam kesesatan. Di sini kami menuntut samada kamu berhentikannya dari kata-katanya
itu, atau berikan kami laluan untuk kami buat perhitungan dengannya. Kamu pun sama
dengan kami juga, tidak mempersetujuinya, ayuh kita bersama-sama menghalangnya.
Di sini Abu Talib menjawab kepada mereka dengan kata-kata yang lunak dan
jawapannya pun bermuslihat, dengan itu mereka semua pulang, sedang Rasulullah
kekal dengan usahanya itu mengembang agama Allah dan menyeru kepadanya.
MAJLIS PERMESYUARATAN BERSIDANG UNTUK MENCEGAH JEMAAH HAJI DARI MENDENGAR
SERUAN RASULULLAH
Di dalam tempoh hari-hari ini, timbul satu perkara baru
yang merunsingkan Quraisy kerana musim haji pun sudah tidak berapa bulan lagi,
sedang dakwah secara terang-terangan mula mengorak langkahnya. Rombongan haji
tidak lama lagi akan tiba, mereka harus ada satu katakata sakti mengenai diri
Muhammad (s.a.w) yang mampu menghalang dakwahnya daripada mempengaruhijiwa
bangsa Arab. Dengan itu mereka berkumpul bersama al-Walid Ibn al-Munghirah,
membentuk kata-kata sakti itu, maka kata al-Walid: Kamu harus bersatu danjangan
ada di antara kamu yang berselisih atau mendusta antara satu sama lain, atau
ada yang menolak pendapat orang lain, maka mereka semua sekata. Ayuh kamu yang
kemukakan. Lalu mereka menyebut: Kita katakan dia seseorang sami, jawab
al-Walid: Demi Allah dia bukan seorang sami, semua kita pernah melihat
sami-sami, kata-katanya itu bukan kata-kata sami atau gurindamnya. Kata mereka:
Jadi kita "katakan dia gila", kata al-Walid: Dia tidak gila, kan semua
kita pernah tengok orang gila dan kita kenalinya, cakapnya bukan repekan,
"dia seorang penyair" kata al-Walid:
Tidak dia bukan penyair, sebab semua kita
kenalijenis-jenis syair, sama ada yang berbentuk raj 07. atau hazajnya.,
kata-katanya itu bukan syair, maka kata mereka: Kalau itu pun tidak kita katakan,
beliau tukang sihir. Kata al-Walid: Sihir pun bukan sebab semua kita mengenali
sihir itu, kata-katanya itu bukan mentera ataujampi sihir, maka kata mereka:
Kalau semuanya ini tidak maka apa yang hendak kita kata: Maka al-Walid pun
berkata :
"Demi Allah kata-katanya itu begitu manis, bagai
sepohon pokok bawahannya sangat subur, cabangnya berbuah, cakap-cakap kamu
semua itu karutbelaka, paling hampir sekali kamu berkata dia seorang ahli sihir
kerana kata-katanya itu memukaukan, kata-katanya itu adalah sihir yang boleh
memecah belahkan di antara seseordng dengan ayahnya atau saudaranya atau isteri
atau dengan seluruh keluarganya, oleh itu hindarlah din kamu darinya "
Sesetengah riwayat mengatakan bahawa al-Walid setelah
menolak semua bentuk cadangan pemuka-pemuka Quraisy tadi, beliau telah dipinta,
dengan kata mereka: Cuba kamu tunjukkan kepada kami satu pendapat yang kemas
dan tidak boleh diperbodohkan, jawab al-Walid kepada mereka: Berilah kepada aku
tempoh untuk ku berfikir. Dengan itu al-Walid pun cuba berfikir dan berfikir,
akhirnya beliau kemukakan pendapat tadi.
Allah s.w.t mendedahkan kisah al-Walid itu di dalam
surah al-Muddasir sebanyak tujuh ayat: Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan
dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran.
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka
(yang demikian)?
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka
(tuduhan-tuduhan itu)? Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali:
jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam
berkerut; Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh, Serta
ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta
dipelajari (dari ahliahlinya); "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan)
manusia!"
(Al-Muddaththir 18-25)
Setelah majlis permesyuaratan bersetuju untuk menerima
pakai cadangan al-Walid, maka semua mereka mengawal pintu masuk orang-orang
haji di musim itu, tak seorang pun yang tidak diberi maklumat yangjahat itu,
malah kesemua mereka menerima peringatan dari pemukapemuka Quraisy.
Yang melaksanakan tugas jahanam itu ialah Abu Lahab,
kerana apabila Rasulullah mengikuti sesetengah orang di musim itu ke kediaman
mereka, ke pasar Ukaz, Mijannah dan Zul Majaz untuk mendakwah mereka ke
agamanya, Abu Lahab akan mengekori dari belakangnya dan memberi tahu kepada
mereka: Jangan kamu percaya dia, dianya seorang yang sudah keluar agama serta
mendusta.
Hal ini menyebabkan apabila orang-orang Arab balik dari
haji, mereka menyebarkan kisahnya
di seluruh pelusuk bumi Arab.
PELBAGAI CARA MENENTANG DAKWAH RASULULLAH
Setelah mana kafir Quraisy mendapat tidak ada sesuatu
pun yang boleh memaling atau
melemahkan Muhammad dari usaha dakwahnya, mereka pun terus memikir
lagi dan mencari
jalan untuk mencegah dakwahnya itu, dalam bentuk dan cara-cara
yang boleh diringkaskan
seperti berikut:
1.
Memperolok-olok,
memperlekeh-lekehkan, mempennain-mainkan, mendusta dan mempersendanya. Semuanya
ini bertujuan untuk melemahkan kaum muslimin serta meruntuhkan kekuatan
semangat mereka. Mereka lemparkan Rasulullah dengan berbagai tuduhan yang
nakal, maki hamun dan memanggil Rasulullah sebagai orang gila.
Dan
mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang
kepadanya. diturunkan Al-Qur'an, sesungguhnya engkau adalah orang gila". (al-Hijr:
6)
Mereka
melabelkan Baginda sebagai sihir dan dusta.
Dan
mereka (yang mengingkar kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa
mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendm.
Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir,
lagi pendusta. (Shaad: 4)
Mereka
mengawasi Baginda dan memerhati Rasul dengan pandangan penuh kebencian dan rasa
penuh jijik.
Dan
sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu
dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa
mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenamya (Muhammad) itu,
sungguh-sungguh gila ". (al-Qalam: 51)
Apabila
Baginda duduk dilingkungi golongan lemah "al-Mustadh'afm", Quraisy
mempersenda-sendakannya dengan berkata; "Itulah dia sahabat-sahabat yang
dikurniakan Allah ke atasnya"Maka Allah menjawab untuk RasulNya: "Bukankah
Allah lebih mengetahui akan orang yang bersyukur? (al-An'aam: 53)
Hal
mereka ini sama seperti yang diceritakan oleh Allah kepada kita: Sesungguhnya
orang-orang yang derhdka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.
Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam
celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada kaum
keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; Dan apabila mereka melihat
orangorang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu
adalah golongan yang sesat!" Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga
sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu". (al-Muthaffifiin:
29-33)
2.
Mencacatkan
imej ajaran Islam dan menimbulkan kekeliruan, meluaskan dakyah palsu, mereka
cerita-cerita palsu mengenai ajaran-ajaran Islam dan peribadi Rasulullah itu
sendiri, menyibar luas semua dakyah ini supaya tidak memberi peluang kepada
orang ramai memiki'r mengenai dakwah Rasulullah, mereka terus
menggembar-gemburkan tuduhan mengenai al-Quran yang ianya sebagai dongeng
rekaan orang kuno.
Dan
mereka berkata lagi: "Al-Qur'an itu adalah cerita-cerita dongeng orang
dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara
yang ditulis itu. Dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafamya)". (al-Furqaan:
5)
Dan
mereka menyifatkan Rasulullah sebagai manusia biasa ang tidak mempunyai
sebarang keistimewaan apa pun.
Dan
mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di
pasar-pasar (seperti manusia yang lain) ? Sepatutnya diturunkan malaikat
kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama
dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya). (al-Furqaan: 7)
Contoh
kecaman mereka boleh dilihat banyak sekali disebutkan di dalam al-Quran.
3.
Menyaingi
al-Quran dengan dongeng-dongeng silam, menyogok orang ramai dengan dongeng-dongeng
supaya mereka sibuk dengannya. Sebagaimana yang diceritakan, di mana al-Nadr
bin al-Haris telah menyaran kepada Quraisy dengan katanya: Wahaikalian Quraisy,
demi Allah sebenarnya kamu ini telah ditimpa dukacita hingga hari ini kamu
belum mampu mengatasinya, Muhammad (s.a.w) ini pada permulaannya seorang kanak-kanak
muda, di antara kamu, yang kamu meredhai dengannya, bercakap benar, sangat
beramanah, sehingga apabila kamu dapati di dua hujung pipitnya
"pelipis" beruban dan beliau membawa kepada kamu sesuatu yang telah
dikemukakan itu, lalu kamu kata: Dia seorang ahli sihir. Demi Allah dia bukan
ahli sihir, kerana semua kita pernah menyaksikan ahli sihir dengan kerja-kerja
dan pukauan mereka, lalu kamu kata: Dia telah menjadi sami, demi Allah dia
bukan sami, kerana semua kita pernah malah biasa dengan sami dan ungkapan-ungkapan
sami melalui gurindam mereka, kemudian kamu kata dia adalah penyair, demi Allah
dia bukan penyair kerana kita sudah biasa mendengar syair dengan jenis-jenisnya
sama ada rajaz atau hazaj, setelah itu kamu kata yang ianya gila, demi Allah,
beliau tidak gila kerana kita juga pernah berhadapan dengan orang gila,
cakapnya itu bukan rapuan si gila atau sasaunya, wahai kalian Quraisy, uruslah
persoalan yang kamu sedang hadapi ini, demi Allah kamu sudah ditimpa bala yang berat.
Setelah
itu al-Nadhr pergi ke al-Hirah, di sana beliau mempelajari perbualan raja-raja
Parsi, perbualan Rustam dan Aspandiar, bila beliau pulang dan mendapati
Muhammad sedang mengadakan majlis zikirullah dan peringatan penyiksaan di
akhirat, al-Nadhr pun bertindak membuat majlis yang sama dengan katanya: Demi
Allah sesungguhnya perbualan Muhammad itu taklah sehebat perbicaraanku, dengan
itu beliau pun menselokakan hikayat raja-raja Parsi, Rustam dan Aspandiar. Di
akhiri dengan bidasan katanya: Dengan apakah yang kamu katakan Muhammad itu
lebih baik dari bicara ku.
Terdapat
riwayat dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa al-Nadhr telah membeli beberapa abdi
perempuan, kerana apabila beliau mengetahui di sana terdapat seorang lelaki
yang tertarik dengan Rasulullah maka beliau mengirim salah seorang hamba
perempuannya tadi untuk mempersonakannya dengan minuman keras dan
makanan-makanan yang dibekalkan, buat menghiburkannya dengan nyanyian-nyanyian,
hingga dengan itu kecenderungannya kepada Islam terhakis dan pupus dari hati
nalurinya. Mengenai hal ini Allah telah menurun ayat-ayatNya: Dan ada di antara
manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada ceritacerita dan
perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya
dan orang ramai) dari agama Allah.. (Luqman: 6)
Melalui
tawaran pihak Quraisy cuba mempertemukan Islam dengan Jahiliah di suatu persimpangan,
di mana pihak musyrikin akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaan mereka
dengan syarat Rasulullah akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaannya.
Mereka
suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga
bertolak ansur berlemah lembut (pada zahirnya terhadapmu). (al-Qalam: 9)
Terdapat
riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir dan al-Tabrani yang bermaksud: Bahawa pihak
musyrikin telah mengemukakan kepada Rasulullah tawaran iaitu supaya Baginda menyembah
tuhan-tuhan mereka untuk selama setahun, kemudian pihak mereka akan menyembah
tuhannya setahun dengan cara bergilir-gilir. Dalam satu riwayat lain oleh Abd
bin Hamid yang bermaksud: Bahawa pihak Quraisy telah menawarkan Rasulullah
permintaan mereka dengan katanya: Sekiranya kamu mengiktiraf berhala-berhala
kami sebagai tuhan, maka kami akan menyembah tuhan kamu.
Ibnu Ishak telah meriwayatkan sebuah hadith dengan
sanadnya, katanya: Semasa Rasulullah sedang bertawaf di Kaabah, Baginda telah
dipintas oleh al-Aswad bin al-Mutalib bin Asad bin Abd al-Uzza, al-Walid bin
al-Mughirah, Umaiyyah bin Khalaf dan al-'Aas bin Wail al-Sahmi, mereka berempat
ini, kiranya di antara tokoh-tokoh yang berpengaruh di kalangan kaum mereka,
kemudian kata mereka: Wahai Muhammad, ayuh kita bersetuju untuk kami menyembah
apa yang kamu sembah dan kamu sembah apa yang kami sembah, dengan itu bererti
kita sudah berkongsi sesuatu perkara, sekiranya apa yang kau sembah itu ada
kebaikan melebihi dari apa yang kami sembah maka kami turut mendapat habuan
dari kebaikan itu dan sekiranya yang kami sembah ini ada kebaikan yang lebih
dari apa yang kamu sembah itu maka kamu juga akan mengaut kebaikan itu bersama
dengan kami, dengan itu turunlah ayat:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang
kafir! "Aku tidak dkan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu
tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat
secara aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu. dan bagiku ugamaku ". (al-Kafiruun:
1-6)
Demikianlah kehendak Allah dengan membuat kata putus
yang tegas terhadap tawaran mereka yang lucu itu. Berlakunya periwayatan yang
berbagai ini, mungkin kerana mereka telah membuat beberapa percubaan satu demi
satu.
PENYIKSAAN
Pihak musyrikin telah menggunakan berbagai cara seperti
yang telah kami sebutkan satu demi satu dengan tujuan untuk menghalang
kelancaran dakwah sejak dari kelahirannya di permulaan tahun keempat. Semua
cara mereka telah mereka usahakan untuk beberapa bulan dan beberapa minggu
tanpa melewati batas-batasnya, kini berpindah kepada cara-cara penyiksaan dan
penindasan, tapi setelah mereka dapati cara mereka itu tidak memberi kesan
untuk menghalang perjalanan dakwah Islamiah, maka mereka sekali lagi berkumpul.
Di sini mereka telah membentuk satu lujnah yang anggotanya terdiri dari dua
puluh lima orang tokoh dari pemuka Quraisy. Lujnah ini oleh Abu Lahab bapa saudara
Rasulullah, dan setelah bermesyuarat dan bertukar pendapat, lujnah ini membuat
keputusan yang tegas terhadap Rasulullah (s.a.w) dan sahabat Baginda. Lujnah
ini bersetuju untuk tidak meninggal sebarang cara pun untuk memerangi Islam
samada menyakiti Rasulullah, menyiksa penganutpenganutnya malah mereka akan
menggunakan segala bentuk kekerasan, penyiksaan dan penindasan.
Kali ini mereka bertegas untuk melaksanakan keputusan
yang mereka sepakati. Tindakannya terhadap kaum muslimin terutama yang lemah dan
daif adalah senang sahaja, tidak banyak halangan, tetapi terhadap Rasulullah
adalah suatu hal yang sukar, kerana Rasulullah seorang yang tangkas, disegani
dan berperibadi unggul, jiwa yang dikagumi lawan dan kawan, pastiyang berdepan
dengannya akan mengagungi dan menyanjunginya. Tiada siapa yang berani melakukan
kejahatan dan keburukan terhadapnya, kecuali jenis manusia bodoh dan nakal sahaja.
Namun demikian Baginda masih tetap di bawah jagaan Abu Talib. Di mana Abu Talib
di antara tokoh-tokoh Makkah yang terbilang, beliau disanjung dari turun
temurun di kalangan semua orang, tak siapa pun berani memperkecil statusnya dan
mencabar maruahnya, kedudukan inilah menggugat pihak Quraisy dan membingungkan
mereka. Justeru itu sampai ke mana kesabaran itu dapat bertahan, ketika
berhadapan dengan dakwah yang beriya-iya untuk membenteras kepimpinan agama
yang mereka sandang selama ini dan ketrampilan mereka di arena keduniaan.
Mereka melancarkan pencerobohan dan keganasan terhadap
Rasulullah terutama oleh Abu Lahab sendiri, malah beliau ini telahpun mengganas
terhadap Rasul di hari pertama dakwahnya, sebelum pihak Quraisy membuat apa-apa
sikap. Telahpun kita sebut sebelum ini tindakan terhadap Rasulullah di majlis
Bani Hashim, di atas bukit Safa beliau telah cuba memukul Rasulullah dengan
ketui batu. Sebelum kebangkitan Rasulullah Abu Lahab telah mengahwinkan anak
lelakinya iaitu Utbah dan Utaibah dengan dua puteri Rasulullah, iaitu Ruqaiyah
dan Ummi Kalthum.
Tetapi bila Rasulullah diutus dan Baginda menyeru orang
ramai kepada Islam, Abu Lahab telah membuat tindakan membabi buta dengan
memaksa kedua-dua anaknya supaya menceraikan dua puteri Rasulullah itu. Dengan
kekerasan lalu mereka pun menceraikan.
Dan apabila Abdullah anak lelaki Rasulullah meninggal
dunia, Abu Lahab melompat kegembiraan, meluru beliau pergi menemui kawan-kawan
menceritakan kepada mereka berita baik baginya iaitu Rasul kematian anak
keturunannya, Muhammad (s.a.w) menjadi kudung bererti terputus zuriat di dunia
ini.
Sebagaimana yang telah kita ceritakan sebelum ini, di
mana Abu Lahab bertugas mengekori Rasulullah di belakang Baginda di musim haji
ke mana sahaja Baginda pergi di pasar-pasar Makkah, untuk mendusta dan
membohong Baginda, dalam hal ini Tariq bin Abdullah al-Majari meriwayatkan
hadith yang memberi makna bahawa Abu Lahab ini bukan sekadar membohongi Baginda
sahaja malah lebih dari itu dengan melontar Baginda dengan ketul-ketul batu
hingga pecah berdarah tumit mulia Baginda itu.
Isteri Abu Lahab, bergelar Ummu Jamil bernama Urwa
binti Harb bin Umaiyah kakak Abu Sufian tidak kurang kafir dari suaminya
memusuhi Rasulullah (s.a.w). Beliau membawa batang-batang duri untuk
menjerangkap samar dijalan-jalan yang dilalui Rasulullah, malah di malam hari
beliau datang ke hadapan rumah Rasulullah dengan meletakkan batang-batang duri
di hadapan pintu rumah Rasulullah (s.a.w). Selain dari itu lidahnya juga tidak
kurang bisanya memaki hamun Baginda, mulutnya lucah membuat fitnah dan penipuan
terhadap Baginda, memarakkan api fitnah, beliau adalah batu api menimbulkan
perkelahian terhadap Rasulullah, untuk itu maka al-Quran menyifatkannya sebagai
pembawa kayu api neraka. Sebaik sahaja beliau mendengar ayat-ayat al-Quran
turun mengenai dirinya dan suaminya, terus beliau menemui Rasulullah sedang
Baginda bersama-sama Abu Bakr sedang duduk di masjid al-Haram, beliau membawa
segenggam anak batu, dengan takdir Allah, beliau telah di butakan penglihatan,
sehingga tidak nampak lagi Rasulullah (s.a.w), hingga terpaksa beliau bertanya dengan
katanya: Wahai Abu Bakr mana dia kawanmu itu, telah pun sampai kepengetahuanku yang
dia telah memperbodoh dan mencelakakan aku? Demi Allah kalau dia ada di sini
aku hendak sumpat anak batu ini ke dalam mulutnya, demi Allah tidak tahukah
kamu yang aku ini penyair yang boleh bermadah mencelanya: Dia yang dibenci kami
menentangnya Urusannya mentah-mentah kami tolak Agama pegangannya kami
ketepikan
Setelah beliau beredar dari situ Abu Bakr bertanya
Baginda: Wahai Rasulullah tidak nampakkah beliau yang tuan hamba berada di
sini, jawab Rasulullah, beliau tidak dapat melihat daku, sebenarnya Allah telah
pun membutakan matanya hingga tidak melihat daku. Ibn Ishak membilang mereka
yang menyakiti Rasulullah (s.a.w): Mereka yang menyakiti Rasulullah di rumahnya
ialah Abu Lahab, al-Hakim bin Abu al-'Aas bin Umaiyah, Uqbah bin Abi Mui't,
'Adi bin Hambra' dan al-Thaqafi Ibn al-Asda' al-Huzali, mereka ini semua adalah
jiran Baginda. Semua mereka mati sebagai kafir kecuali al-Hakim bin Abi Al-'Aas
sahaja yang memeluk Islam. Ada di antara mereka yang mengheret pundi najis
biri-biri dan menghumban ke atas kepala Rasulullah semasa Baginda
bersembahyang, malah ada yang sanggup melontar pundi tadi ke dalam periuk
Rasulullah bila diangkat ke dapur untuk memasak. Rasulullah pernah terpaksa berselindung
di sebalik batu untuk bersembahyang.
Dalam peristiwa seperti ini di mana apabila Rasulullah
dicampak ke atasnya dengan najis itu Baginda akan terus keluar menemui
pembantunya dengan berkata di hadapan pembantunya: Wahai bani Abdul Manaf! Di
manakah hubungan kejiranan? Lalu dibuangnya najis tadi ke tepi jalan. Imam
al-Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud (r.a.): Bahawa Uqbah bin Abi Mu'it
semakin jahat dan bertambah nakal, semasa Rasulullah bersembahyang di Kaabah,
dan Abu Jahal pula sedang beristirehat bersama-sama kuncu-kuncunya, maka
berkata sesetengah dari mereka, sesiapa di antara kamu yang sanggup mengambil
uncang najis sembelihan terbuang itu dan meletakkan ke atas belakang Muhammad
semasa beliau sedang sujud itu, maka bangun yang ternakal di antara mereka
iaitu Uqbah bin Abi Muit beliau membawa uncang najis itu dan beliau tunggu
hingga apabila Rasulullah (s.a.w) sujud maka beliau meletakkannya ke atas
belakang Rasulullah di antara dua bahunya.
Daku pada masa itu sedang menyaksi tindakan nakal itu.
Daku tak boleh berbuat apa-apa, kalauku boleh menahannya nescaya ku lakukan,
kata Ibnu Mas'ud lagi: Dengan itu mereka tertawa sesama mereka dan menghayun
badan mereka ke kiri dan ke kanan kerana terlalu suka, dan Rasulullah masih
dengan sujudnya, Baginda tidak mengangkatkannya hinggalah Baginda didatangi
anak perempuannya Fatimah, mencampak buang benda itu dari belakang Baginda,
kemudian barulah Baginda mengangkat kepalanya dan terus berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku,
binasakanlah Quraisy sebanyak tiga kali, pihak Quraisy terasa berat dengan doa Rasulullah
tadi, kata Ibnu Mas'ud: Mereka terasa begini kerana mereka mengetahui bahawa doa
di tempat ini adalah mustajab dan makbul. Setelah itu Baginda menyebut dengan
katanya: Binasalah Abu Jahal Utbah bin Rabi'ah, Shaibah bin Rabiah Al-Walid bin
Utbah, Umaiah bin Khalaf dan Utbah bin Abi Muit, (yang ketujuh itu beliau tidak
mengingatinya) demi Allah yang jiwaku ditangannya daku telah menyaksi orang
yang disebutkan Rasulullah di dalam doanya itu terbunuh dan dicampak ke dalam
parit penanaman mayat, iaitu parit Badar.
Umaiyyah bin Khalaf ini bila-bila sahaja melihat Rasulullah,
beliau pasti mencela dan memaki hamun Baginda, mengenai ini Allah menyebut di
dalam firmanNya: "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji" (al-Humazah:
1)
Kata Ibnu Hisham: al-Humazah: ialah memaki seseorang
itu dengan terang-terangan, sambil memejam sedikit matanya dan menjeling.
Manakala al-Lumazah ialah mencela seseorang dengan cara berselindung dan
menyakitinya. Manakala saudaranya Ubai bin Khilaf adalah berkawan rapat dengan
Uqbah bin Abi al-'Aas. Suatu hari Uqbah telah menghampiri Rasulullah dan
mendengar dari Baginda kata-katanya, tapi bila di ketahuinya Ubai, beliau
memarahi Uqbah dan mengkritik tindakan itu. Seterusnya Ubai meminta supaya
Uqbah meludah ke muka Rasulullah dan beliau lakukannya, di suatu ketika Ibnu
Khalaf sendiri telah menghancurkantulang-tulang reput lalu di tiupnya di angin
yang lalu ke muka Rasulullah (s.a.w). Al-Akhnas Ibn Syuraiq al-Thaqafi juga
adalah di antara tokoh musyrikin yang menyakiti Rasulullah. al-Quran telah
menyifatkannya dengan tujuh gelaran sebagaimana firman Allah:
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang
benar, danjangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya
dan amalannya), Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan
(untiik memecah belahkan orang ramai), Yang sangat-sangat menghalangi
amalan-amalan kebajikan, agama, lagi yang sangat-sangat berdosa,
Yangjahatkejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya. (al-Qalam: 10-13)
Abu Jahal di suatu masa beliau pernah mendatangi
Rasulullah (s.a.w) dan mendengar ayat-ayat
al-Quran, kemudian beredar dari situ, tanpa mempercayai atau
menyahutnya, malah penuh biadab dan tidak takut menyakiti Rasulullah dengan
kata-katanya, menghalang Rasulullah dan merasa sombong dengan tindakannya yang
biadab itu, berasa bangga dengan kemungkarannya, seolah-olah beliau melakukan
sesuatu yang patut disanjung, perangainya ini telah disebut oleh Allah di dalam
firmannya: Maka ia tidak mengakui kebenaran dan ia tidak mengerjakan sembahyang
(yang difardukan mengerjakannya) (al-Qiyaamah: 31)
Dan beliau telah menghalang Rasulullah dari
bersembahyang, di hari pertama beliau melihat Rasulullah bersembahyang di
Kaabah. Suatu ketika beliau melintasi di situ dan terlihat Rasulullah
bersembahyang di makam Ibrahim, maka beliau berkata kepada Muhammad (s.a.w): Wahai
Muhammad (s.a.w) bukankah aku telah larang kau bersembahyang di sini. Beliau bertindak
keras dan mengutuk Baginda penuh herdik dan menggertak: Wahai Muhammad dengan
apa yang kau maksud hendak mengutuk daku? Demi Allah sesungguhnya akulah orang
terbanyak penyokong di lembah ini, dengan itu Allah menurunkan firmanNya: Kemudian
biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya), (al-'Alaq: 17)
Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Rasulullah telah
memegang leher bajunya dan menggoncang-goncangnya sambil berkata: (Wahai orang
yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
(al-Qiyaamah: 34-35)
Maka jawab musuh Allah itu: Wahai Muhammad, kau hendak
mengugut daku? Demi Allah, tidak kau dan tuhan kau berbuat apa-apa pun dengan
daku, akulah orang yang termulia yang bergerak di antara bukit bukau bumi ini.
Abu Jahal masih tidak sedar lagi dari keruntuhan dan kejatuhan maruahnya tadi,
malah semakin menjadi-jadi kenakalannya. Al-Imam Muslim telah mengeluarkan
hadith dari Abu Hurairah: Abu Jahal telah berkata: Muhammad boleh bersujud mukanya
ke tanah di hadapan kamu? Jawab mereka! Ya! kata Abu Jahal: Demi al-Lata dan
al-Uzza sekali ini akan ku lanyak tengkoknya sekiranya aku lihat dia sedang
sujud. Allah izinkan beliau masuk ke perkarangan Kaabah, beliau terlihat
Rasulullah sedang bersembahyang, ianya terus meluru ke hadapan dengan sangkaan
beliau dapat memijak tengkok Rasulullah semasa bersembahyang dan mengemparkan
suasana, tapi tiba-tiba beliau berpatah balik dengan mengangkat kedua-dua
tangannya seperti mempertahankan dirinya, bila ditanya! Kenapa wahai Abu
al-Hakim? Jawab Abu Jahal: Sebenarnya terhalang di antara daku dan Muhammad
satu parit api, dan yang itu pula dengan sayap-sayapnya. Ulas Rasulullah: Kalau
dia hampiri daku nescaya para lalaikat itu akan mengoyak-ngoyaknya sendi demi sendi.
Ini adalah pencerobohan ke atas diri Rasulullah yang keperibadian unggul itu,
warak dan disegani orang ramai di samping kekebalan penjagaan Abu Talib tokoh
yang hormati di Makkah.
Adapun kaum muslimin yang lain terutamanya golongan mah
dan daif, pencerobohan ke atas mereka memang mengganas, malah setiap qabilah
telah membentuk barisan menyiksanya yang tersendiri bertujuan untuk mendera dan
menyiksa anggota qabilahnya yang memeluk Islam dan orang yang tidak mempunyai
qabilah, pihak musyrikin telah mengerah agar golongan awam dan pemukanya untuk
membelasah mereka dengan berbagai penyiksaan-penyiksaan yang ngeri ceritanya
lagi menggerunkan.
Sekiranya Abu Jahal mendapat tahu ada seorang bangsawan
memeluk Islam beliau mencemuh dan mengkritiknya seterusnya mengugut untuk
menjadikan beliau seorang yang muflis dan hilang dudukannya, tapi kalau yang
memeluk itu lemah dan daif beliau akan memukul-mukul dan memperdayakannya.
Bapa saudara Uthman bin Affan pernah membungkus beliau
ke dalam tikar daun kurma kemudian melayurkannya dengan asap dari bawah. Ketika
Ibnu Mus'ab bin Umair mengetahui penganutannya dengan Islam, beliau menahan dan
menghalaunya luar dari rumah sedang sebelum ini beliau adalah di antara orang
yang mewah, namun setelah menganut Islam kerana penyiksaan kulit beliau menjadi
kerutu dan bersisik seperti kulit.
Bilal bin Rabah adalah hamba Umaiyah bin Khalaf Jumahi,
Umaiyah bertindak di luar batasan kemanusiaan, menambat Bilal dengan tali
ditengkoknya dan menyuruh budak-budak menariknya seperti menarik seekor
binatang tali berikat dileher. Budak-budak ini menyeretnya mengelilingi merata
kampung dan mengelilingi bukit-bukit Makkah, hingga berparut lehernya kesan
dari jerutan tali. Umaiyah merentap tali di leher Bilal ke hadapan sekuat-kuat
dan memukulnya dengan tongkat, memaksanya duduk di tengah panas matahari terik,
menahan makanan dan yang dahsyat dari itu Umaiyah membawa Bilal di tengahari
yang terik ke padang pasir Makkah dan membaringkannya di sana dengan meletakkan
ketulan batu besar ke atas dadanya sambil berkata, aku akan angkat ketulan ini
kecuali setelah kau mati atau kau kufur dengan agama Muhammad ini dan kembali
menyembah al-Lata dan al-Uzza. Dalam keadaan begini Bilal tetap mengucap: Ahad,
Ahad (Yang Esa, Yang Esa) dengan kehendak Allah di masa itu Abu Bakr lalu di
situ sambil Bilal dengan keadaannya yang terbaring. Abu Bakr pun membeli Bilal
di mana satu riwayat mengatakan dengan nilai seorang budak hamba lain, dan diriwayat
lain mengatakan dengan harga tujuh Auqouaj atau lima perak. Kemudian beliau membebaskan
Bilal.
Ammar bin Yasir (r.a) adalah hamba kepada Bani Makhzum,
beliau memeluk Islam bersama-sama bapa dan ibunya, kafir musyrikin membawa
mereka semua ke tengah padang pasir semasa tengahari panas membakar, di sana
mereka disiksa, di suatu ketika semasa mereka sedang menghadapi penyiksaan,
Rasulullah berlalu di situ dan Baginda berkata: Bersabarlah wahai keluarga
Yasir janji kamu adalah syurga. Yasir mati kerana penyiksaan, ibunya Sumaiyah adalah
Syahidah Pertama meninggal dunia, beliau telah dibunuh oleh Abu Jahal dengan menyula
tombaknya melalui farajnya. Mereka menyiksa Ammar dengan berbagai cara yang ada
pada mereka di ketika itu, sesekali menjemurnya di tengah panas matahari dan
diketika yang lain dengan meletakkan batu-batu pejal ke atas dadanya. Sekali
yang lain dengan mencampakkannya ke dalam air. Mereka berkata: Kami tidak akan
melepaskan kamu kecuali setelah kau caci Muhammad atau kau puji sanjung al-Lata
dan al-Uzza, akhirnya beliau bersetuju untuk berbuat demikian dengan terpaksa
tapi setelah itu beliau datang menemui Rasulullah (s.a.w) menangis dan meminta
maaf di atas perbuatannya itu, untuk itu Allah
menurunkan firmanNya:
"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia
beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang
dipciksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman" (an-Nahl:
106)
Abu Fakihah, nama sebenarnya Aflah seorang hamba Bani
Abdu al-Dar, beliau telah disiksa oleh tuannya dengan memberkas kakinya dengan
seutas tali kemudian menyeretnya ke atas tanah.
Manakala Khabab bin al-Arat hamba Ummu Anmar binti
Siba' al-Khuza'iyah, pihak musyrikin menyiksanya dengan berbagai cara
penyiksaan, sesekali mereka merentap rambut sekuatkuatnya, memulas-mulas
tengkoknya sehabis-habisnya, membaringkannya di atas batu-batu panas dan
menghempas dengan batu-batu lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau bangun.
Nasib Zinnirah Ummu 'Ais al-Nahdiyah dan anaknya adalah
hamba-hamba yang memeluk Islam, tidak kurang dari nasib orang lain. Kaum musyrikun
menyiksa mereka dengan berbagaibagai cara sepertimana yang diperbuat ke atas
orang-orang lain. Seorang lagi ialah hamba perempuan Bani Mu'ammil dari Qabilah
Bani 'Adi. Umar bin al-Khattab semasa kufurya bertanggungjawab menyebatnya
sampai jemu beliau memukulnya, dan berkata aku tak akan tinggalnya kecuali
setelah berasa jemu. Kesemua hamba-hamba ini telah dibeli dan dibebaskan mereka
oleh Abu Bakr sebagaimana beliau memerdekakan Bilal dan Amir bin Fahirah.
Sesetengah sahabat yang lain yang baru memeluk Islam di
siksa oleh musyrikin dengan membalutkan mereka ke dalam belulang lembu dan unta
untuk dijemur dipanas matahari terik, yang lain disarungkan ke dalam baju besi
dijemur di atas batu-batu yang membakar di padang pasir. Senarai mereka yang
disiksa kerana mentauhidkan Allah panjang dan menyayat hati, tak seorang pun
bila diketahui kelslamannya akan terlepas dari siksaan musyrikin.
PEMBOIKOTAN RAMAI
Dalam tempoh empat minggu terjadi empat peristiwa besar
mengenai kaum musyrikin. Pertama, Hamzah memeluk Islam, kedua Umar memeluk
Islam, ketiga penolakan Rasulullah terhadap tawaran yang diajukan kepadanya,
keempat persetujuan Banu al-Muttalib dam Banu Hasyim, muslim dan kafimya secara
bersama untuk memberi perlindungan dan pertahanan terhadap Muhammad,
peristiwa-peristiwa ini menjadikan kaum musyrikin kebingungan dan memang sewajarnya
mereka kebingungan. Mereka tahu bahawajika sekiranya mereka bertindak membunuh
Muhammad akibatnya buruk di mana lembah Makkah akan mengalir dengan darah-darah
mereka sendiri, malah mungkin akan membawa kepada kemusnahan mereka ke akar umbi,
mereka pasti kesemuanya ini, untuk itu mereka bertindak menindas dan bukan membunuh,
namun ianya lebih berat dan perit dari masa-masa yang lalu.
ALHAMDULILLAH. TERIMAKASIH BANYAK.
BalasHapusHulu Plus is available for streaming on popular gaming consoles like PlayStation 3 (PS3), Xbox 360 and Roku, as well as on the computer. By downloading the Hulu Plus application and activating your account, you can stream television shows and movies from the Hulu site. visit hulu device activation code now.
BalasHapusOnce the device found, you can add paid channels or free channels from the Roku Channel Store. Your T.V screen will start displaying some instructions to activate roku link support . You will receive an activation code.
BalasHapusRoku provides the simplest way to stream entertainment to your TV. On your terms. With thousands of available channels to choose from. visit Roku Link Activation now.
BalasHapusHulu and Hulu Plus is a streaming service provider. It has many subscribers just because of it providing unlimited collection of entertainment channels. for more updates hulu sign in now.
BalasHapusNorton Safe Web warns you of dangerous sites when you shop it. Norton Antivirus includes Safe Web and other security on your device. for more about norton antivirus click download norton with key code today.
BalasHapusClick on webroot download with key code to download your Webroot antivirus product and also get Webroot Installation. webroot antivirus offer complete protection of sensitive files across all your devices that include all kinds of IOS devices, OS devices as well as Android devices.
BalasHapusmcafee antivirus is comprehensively used antivirus recognizes and kill PC disease, the mail worms,the trojan programs,and also empowers your system to free of contamination and other malware is a huge consistently challenge. for more nuances visit: install mcafee with activation code today.
BalasHapusInstall your HP printer without any software using the drivers built into the Windows operating system. The Windows drivers provide basic functionality for your printer. for more details visit 123 hp printer setup now.
BalasHapusWebroot is very well known for its immense security from the spyware, viruses. In order to protect your system from the spyware or any other viruses,visit: webroot secureanywhere download with key code today.
BalasHapusNorton Safe Web warns you of dangerous sites when you shop it. Norton Antivirus includes Safe Web and other security on your device. for more about norton antivirus click norton security today.
BalasHapusFast & Easy PC Virus Protection. Download avg retail registration Now. Stops Viruses, Spyware, Ransomware and Other Malware. Easy Installation. Install in moments. Light & easy installation. Family protection. Protects forever. Stops viruses. Unsafe web link warnings.
BalasHapusTo activate norton antivirus , you need to redeem your norton setup with product key which you will find in your registered mail ID. Through norton setup with key you can download, install norton antivirus . create a Norton account to manage norton download and norton install subscription.
BalasHapusRoku gives the least complex approach to stream excitement to your TV. With a large number of accessible channels Enter Roku.com Link Code to Activate Roku visit here for more subtleties.
BalasHapusWebroot is very well known for its immense security from the spyware, viruses. In order to protect your system from the spyware or any other viruses,visit: enter webroot keycode today.
BalasHapusNorton Safe Web warns you of dangerous sites when you shop it. Norton Antivirus includes Safe Web and other security on your device. for more about norton antivirus click norton setup with key today.
BalasHapusWebroot Safe is the antivirus which gives total protection and 100% security. All the devices like PC's, Laptops, Mac, Ios, and Android Phones in which we use internet connection are safe with the use of Webroot Antivirus. visit webroot.com/safe today.
BalasHapusAntivirus is the need of PCs that makes them infection free and we are going to give you full help to get the best antivirus introduced in your PCs and PCs. Download norton antivirus bundle with us - norton.com/setup for more details visit today.
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusIt is extremely important to protect your PCs, Mac, computers as well as mobile devices and tablets with avg internet security .
BalasHapusNorton Antivirus is the best internet security that protects your data and device from being lost and damaged. Get your Norton Products started today.
BalasHapuswww.norton.com/setup